Jumaat, 11 Mei 2012

selamat ulang tahun mr ridzuan!!


hari ini hari besar untuk encik mohd ridzuan bin tushan aka pak uda aka zuan aka amir aka wan...
wow...banyak sungguh nama glamer sang arjuna aku...
ada cerita disebalik gelaran-gelaran tersebut...
abaikan sahaja kerana ianya tidak penting...




hanya mampu memberi ucapan di telefon sahaja...
dia tiada di sini..
ada kerja di pulau pinang...
malam ini barulah dia akan pulang...
bercakap hal ini,semalam aku singgah ke sungai wang...
jalan-jalan sambil melihat hadiah apa yang sesuai untuk diberikan...
ditemani adik tersayang langsung ke parkson...
katanya ada jualan murah...
maka naiklah aku ke bahagian lelaki...
sasaran utama aku adalah t-shirt atau minyak wangi...
memandangkan harga minyak mencecah ratusan ringgit lantas aku batalkan niat itu...
setelah proses pemilihan akhirnya dapatlah aku sambar satu t-shirt yang pada pandangan mata aku amat sesuai dengan citarasa wan...
jenama apakah itu biarkan sahaja...
mujurlah potongan diskaun itu telah menyelamatkan bajet aku...
hanya itu yang mampu aku berikan...

tahun ini sambutan amat ringkas sekali...
tiada kek mahupun makan di luar seperti dahulu...
namun aku telah bertekad akan memasak hidangan kegemaran wan...
jadi nantikan sahaja malam ini...


SELAMAT ULANG TAHUN KE-28 untuk suami disayangi...
moga-moga Allah merahmati kamu,memberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki...
terima kasih atas semua keringat dan kasih sayangmu terhadap mama dan rifqi...
ketahuilah bahawa kami amat menyayangimu...
cinta kamu selamanya!!!


notakaki:bukan t-shirt itu yang aku maksudkan!!!

Tiada ulasan: