Khamis, 24 Mei 2012

kahwin itu amat mudah!!!


aku hanya keluarkan duit belanja kahwin cuma RM5k saja...
yang itu termasuk upah baju sanding+mekap+pelamin+jurugambar+barang-barang hantaran...
katering ditaja khas oleh arwah ayah dan emak...
cenderamata untuk tetamu dikongsi oleh adik nombor dua dan bongsu...
plastik beg makcik-makcik kongsi duit...
bunga telur busu yang secara sukarela mahu merebus seterusnya menjadi penaja...

majlis kenduri aku berlangsung dalam keadaan sederhana...
tiada upacara dikir barat,tari menari atau apa-apa acara simbolik...
memang itu yang aku ingkinkan...
hiasan pelamin dan gaya baju semasa bersanding atas pilihan aku...
soal mekap terpulang kepada mak andam untuk menata rias...
itupun masih dikatakan perkahwinan yang mewah pada pada masyarakat umum...
yang membuatkan mereka berkata begitulah adalah makanan yang sangat-sangat sedap...
ayam goreng yang dihidang masih panas...
lauk daging masak hitamlah yang paling cepat habis...
sampai ada yang menambah sampai 2 atau 3 kali...
kerana itulah emak terpaksa tuan katering menambah hidang lauk ayam goreng...
tak sangka sambutan yang teramat meriah sekali...

untuk belum lagi mereka-mereka yang menepung tawar semasa kami bersanding...
memang aku langsung tidak menyenaraikan senarai tetamu yang akan menepung tawar...
perut lapar pun masih terus tersenyum,beb...
pengacara majlis tue memang aku suka...
cara penyampaian dia langsung tidak membosankan...
bersilih ganti suara mereka yang gemar berkaraoke...
dari zaman 60-an hinggalah terkini semuanya dirangkumkan menjadi satu...

dekorasi di meja hidang untuk tetamu dan meja beradap juga menarik perhatian aku...
pandai tuan katering ini menghiasnya...
sebelum melangkah ke pelamin,kami akan melalui pintu gerbang...
lain dari yang lain bebenar hiasannya...
pendek kata,bijak sungguh emak dan arwah ayah memilih katering tersebut...
kos kesemua pakej katering+khemah+pengacara majlis+tambahan ayam goreng 200 ekor+kek 3 tingkat adalah RM13k saja...
berbaloi-baloi sangat dengan layanan yang disediakan...
jadi selepas ini bolehlah gunakan khidmat katering ini lagi bila adik nombor dua mahu kahwin...

duit hantaran RM8k yang diberikan pihak lelaki berjaya tidak disentuh oleh aku...
aku laburkan ke dalam ASB...
hajat hati mahu mengadakan di dewan memang tak dapatlah...
kerana semuanya telah penuh...
jadi,adakan sahaja di kawasan rumah sudahlah...
itupun sudah cukup menggembirakan dan melegakan hati ini...

sejujurnya,aku anggap ianya amat mudah untuk kami berdua...
kami tetapkan tarikh nikah 10/10/10...
2 minggu kemudian barulah diadakan majlis sanding...
kami pecahkan menjadi 2 majlis supaya dapat menumpukan majlis nikah terlebih dahulu...
kos untuk nikah ditanggung sepenuhnya oleh wan termasuk dengan katering...
anggaran untuk makan adalah RM1k...
tetamu yang hadir adalah kira-kira seramai 100 orang...
penuh majlis al-bukhary itu dengan kaum keluarga kedua-dua belah pihak...
selesai majlis akad nikah barulah boleh fokus kepada resepsi masing-masing...
kelebihan kami yang berasal dari kuala lumpur telah memudahkan segala urusan...
urusan penginapan dan pengangkutan memang langsung tiada apa-apa masalah...

secara keseluruhannya,kos belanja kahwin aku adalah dibawah RM20k...
duit-duit yang diberikan kepada tetamu aku serahkan bulat-bulat kepada emak dan arwah ayah...
lepas habis kesemua majlis maka bermulalah kehidupan baru aku dan wan...
masuk-masuk sahaja rumah Alhamdullilah perabot telah tersedia...
dalam sibuk-sibuk menguruskan hal kahwin sempat juga membeli perabot...
semuanya rezeki yang dipermudahkan oleh Illahi...
setiap bulan ada sahaja peruntukkan yang sama-sama kami agihkan untuk kehidupan setelah menjadi suami isteri...
berdikit-dikitlah kami menyimpan wang supaya ianya tidak melayang ke benda yang tidak bermanfaat...
moment yang paling tidak boleh dilupakan dimana kesepakatan kami membersihkan dan mengecat rumah bersama-sama...
begitu juga ketika membeli perabot...
bergaduh manja berselisih pendapat telah mengeratkan ikatan sebenarnya...
bila dikenang-kenang kemabali pasti akan tersenyum sendiri...

duit bukanlah segalanya...
apa yang penting kebahagiaan...
susah senang berdua tanpa ada keluhan...
itu sangat mahal okie

:):):)

Tiada ulasan: