Rabu, 28 Disember 2011

selamat tinggal 2011.....

hari ini kembali kerja seperti biasa...
oleh kerana aku sedang menanggung kerja rakan sepejabat maka ke hulur hilirlah aku...
sekejap di meja sendiri selepas itu beralih ke meja satu lagi...
dan kerana itulah tepat jam 10.00 malam mataku sudah layu.
tidur sehingga tidak sedarkan diri sampailah esoknya...
begitulah rutin harian aku yang sudah boleh dihafal....
namun aku bersyukur kerana sehingga kini telah diberikan kesihatan yang baik...

entry aku kali ini agak carca marba sedikit...
maklumlah tirai 2011 akan berlalu dalam 3 hari sahaja...
dan bermulalah fasa 2012 yang akan dilalui oleh aku,wan dan iqi..
tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan yang aku anggap manis2 belaka...


1 tahun 2 bulan menjadi suri di hati Encik Mohd Ridzuan segalanya berjalan dengan lancar...
belum cukup setahun usia perkahwinan kami telah dikurniakan anugerah yang amat terindah sekali...
yang lebih menggembirakan ianya anak lelaki seperti yang didambakan oleh wan...
setakat ini iqi membesar dengan baik dan kesihatannya berada pada tahap yang memuaskan...
keletahnya sangat menghiburkan hati kami berdua...
hari2 dirasakan sungguh sempurna sekali...
yang lebih manis sekali apabila kami bertiga telah berkelah di Port Dickson sempena ulang tahun pertama perkahwinan dan 3 bulan usianya si kecilkku itu...


Alhamdullilah akhirnya berjaya juga kami membeli rumah teres di Ipoh...
semuanya berkat usaha wan...
syukur sangat2...
mungkin dalam tempoh 10 tahun akan berpindahlah kami di sana...
harus menyelesaikan beberapa perkara dahulu di sini...
dan aku pun belum bersedia mahu berhijrah ke Ipoh itu lagi,hahahhaha....
maklumlah aku masih punyai emak dan adik2 yang belum berumahtangga...
tidak puas lagi bermanja dengan emak,huhuhu...

sementara itu,tugasan di pejabat tiada apa2 masalah
semuanya dapat aku atasi walaupun kadang2 ada tekanan yang mencabar kesabaran diri...
teman2 sepejabat datang dan bertukar bersilih ganti namun aku tetap setia di sini...
walaupun jarak rumah dan pejabat bagai langit dan bumi tidak pernah terlintas di fikiranku mahu bertukar...
suasana kerja di sini membuatkan aku gembira...
mempunyai teman2 yang satu kepala....
dan yang penting bos aku memang sangat2 sporting...
sangat memahami hati para pekerja terutamanya yang sudah berkeluarga ini...
jika aku ke tempat baru mungkinkah akan dapat suasana yang sebegini????

tahun 2011 juga telah meninggalkan satu impak yang besar kepada kami sekeluarga...
pemergian arwah ayahku pada 15.11.2011 sangat mengejutkan...
tiada siapa sangka secepat ini arwah pergi buat selama2nya...
walaupun pahit namun kami redha atas ketentuan-NYA...
ayah pergi dengan keadaan yang tenang,gembira melihat anak2 telah berjaya dan yang penting dapat menatap wajah cucu sulung..
semuanya telah tersurat sejak Luh Mahfuz lagi...
semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Amin...

sebenarnya aku tidak percaya pada konsep azam2 ini...
dikhuatiri tidak mencapai sasaran kecewalah pula...
namun aku telah sediakan senarai2 kecik untuk tahun hadapan...
mahu lebih mencuba masakan yang lebih gempak lagi,heheheheh
selepas itu hendak pergi melancong bersama wan...
harus mendapatkan berat badan yang lebih ideal lagi...
dan apabila cukup setahun umurnya iqi mahu mengadakan majlis hari jadi sama ada di rumah ataupun di KFC..

ini sahajalah perancangan untuk tahun hadapan...
ringkas,padat dan mudah sekali kan?
pada aku.oklah tue!!!!!!!!

inilah bahagia yang aku cari selama ini...

terima kasih Allah atas segalanya!!

Tiada ulasan: