Khamis, 1 Disember 2011

rindunya mahu bersnokling!!

kali terakhir aku bersnokling adalah pada tahun 2009 di Pulau Tioman...
jadi sudah hampir 2 tahunlah aku tidak melakukan aktiviti kegemaranku itu...
sebelum kahwin memang setiap tahun aku akan ke pulau2 untuk melepaskan gian...
sukar digambarkan dengan kata2 apabila berada di dalam air...
suasana tenang dan damai dapat aku perolehi apabila melihatkan keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa....
ditambah lagi dengan ikan2 kecil pelbagai warna yg tersangtlah comel...
dapat dilihat juga sejelas-jelasnya terumbu karang yg beraneka warna...
teramat mengujakan apabila melihat kuda laut berenang-renang...
pendek kata kehidupan di dasar laut sangat mengasyikan pandangan mata dan sungguh indah sekali....
hanya mereka yg menghargai alam sekitar tahu apa yg kumaksudkan....

aku sukakan suasana begini....
berenang memberi aku kepuasan yg tidak terhingga....
niat aku dahulu memang hendak ambil lesen skuba...
tetapi akibat kekangan masa semuanya kupendamkan sahaja....
satu lagi aku sangat teringin hendak ke Pulau Mabul dekat Sipadan...
fuh.....air lautnya memang gorgeous siot......
dari atas bot lagi boleh nampak apa yg ada di dalam dasar laut...
jika bernasib baik boleh naik ikan jerung melintas di depan mata...
pengalamn yg sungguh berharga....
insya-Allah jika ada rezeki sampailah aku ke sana,hehehehehe.....
tunggu!!!!!

ada cerita di sebalik percutianku di Pulau Tioman...
ketika itu aku sudah mengenali wan...
sebelum berangkat ke sana,ketua rombongan kami iaitu Abg Sham telah mengadakan perjumpaan..
tujuannya adalah mahu kami saling berkenalan dan tidak nampak kekok apabila di sana nanti...
pada waktu itu aku hanya kenal Abg Sham sahaja....
dengan beliau sudah hampir 3 kali aku mengikuti rombongannya....
jadi tidak menjadi masalah bagi aku menyesuaikan diri dengan orang2 baru....

dipendekkan cerita selepas seminggu aku mendapat sms dari nombor yg begitu asing...
empunya diri memperkenalkan diri dan seterusnya menyatakan hasrat mahu berkawan....
"OK",itu sahaja ayat aku...
sepanjang proses berkenalan itu hanya telefon menjadi penghubung...
ada juga wan ajak keluar pergi makan2 namun aku letak syarat makan dekat dengan rumah aku...
dan hampir 2 bulan lah keadaan itu terjadi...
satu lagi syarat yg aku letakkan adalah merahsiakan perkenalan kami sebelum ini...
berlakon seolah2 seperti tiada apa yg berlaku....

yang kelakarnya apabila kakak satu bilik dengan aku sukakan wan...
jadi aku ini sperti menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasratnya mahu berkenalan dengan wan....
apabila aku sampaikan kepada wan jawapan yg diberi adalah,"katakan kepada kakak itu saya sudah punya pilihan hati"...
serta merta aku sampaikan kepada kakak itu tanpa mengambil tahu gerangan gadis pilihan wan...
kerana sepanjang keluar tiada langsung hal2 peribadi disentuh...
aku sangt menghormati privasi orang lain dan berfikiran terbuka dalam berkawan...





percutian selama 3 hari berakhir dengan kegembiraan...
sehingga kini team kami masih berhubungan antara sama sama lain....
cuma hendak berjumpa memang agak sukar...
maklumlah masing2 sibuk dengan hal sendiri....
aku dan wan masih terus berkawan sehinggalah masa hari jadi aku dia meluahkan isi hatinya terhadap aku...
katanya inilah adalah cinta pandang pertama dia...
jadi ianya mengambil masa yg lama untuk mendapat keberanian itu....
hahah,sangat terkejut aku ketika itu...
katanya dia bukan jenis yg romantik dan pandai mengalunkan puisi hatta kata2 cinta...
namun hatinya sangat ikhlas menyintaiku...
wow..terharu beb!!!

ketika itu aku langsung tidak ada apa2 perasaannya padanya...
hanya suka sebagai kawan...
namun tidak salah mencubakan?
sepanjang berkawan dengan lebih serius aku dapat rasakan inilah lelaki yg terbaik untuk aku...
dari situlah aku tahu dia seorang sorg pemain bola sepak....
dan kenapa jadual dia sangat padat.....

orang kata dari mata turun ke hati...
tapi berlainan dengan aku,hehehhe
dari hati budinya maka aku menerima lamaran dia pada hujung bulan Disember 2009...
tarikh bertunang ditetapkan kepadaku...
dan di situlah bermulanya sedikit demi sedikit perasaan sayangku kepadanya...
sebab itu ramai teman2 yg terkejut apabila kami mengikat tali pertunangan...
kata mereka pandai simpan rahsia bercinta,hahahha
tup,tup dah nak kahwin...
itulah namanya jodoh...
siapa sangkakan?
kejutan demi kejutan aku terima semasa bertunang...
nampak sahaja seperti org biasa namun sebenarnya dia datang dari keluarga yg berada juga....
tapi itu bukanlah sebab kenapa aku pilih dia...
biarlah ianya menjadi rahsia aku dan wan....






sejak akhir2 ini hatiku meronda mahu bersnokling kembali...
rasa terlalu lama telah kutinggalkan hobi ku yg satu ini....
namun harus akur pada tangungjawab terhadap suami dan anak...
lebih2 lagi kata wan kena tunggu iqi besar barulah boleh bersnokling balik...
yeah,maknanya dia memahami kehendak ku
gumbira rasa di hati!!!!

sabar itu kan indah!!!

notakaki:gambar2 berikut adalah gambar semasa di Tioman.....terasa cepat masa beredar...namun aku sukakan kehidupan yg sekarang ini!!!

adios......


Tiada ulasan: