Rabu, 7 Disember 2011

cerita annual dinner

pertama kali pergi ke annual dinner wan aku rasa amat teruja...
sapa yg tiada perasaan yg demikian...
lebih2 lagi wan terlibat dalam acara tersebut...
aku sampai ke Dewan Miecc kira2 jam 8.00 malam..
wan menunggu aku di lobi utama....
tersangatlah ramai orang...
terus mendaftar di kaunter pendaftaran untuk di ambil nombor cabutan bertuah...
juga diberikan sekotak cenderahati yg berisi sepasang kain songket...




di sini aku perhatikan ada juga tetamu yg bergaya sakan...
rambang mata aku melihat pakaian mereka yg cantik dan elegan...
baik laki mahupun perempuan sama2 turut bergaya habis...
sedangkan aku hanya berpakaian ringkas sahaja....
tidak kisahlah janji bersesuaian dengan tema dinner,hahahha
masuk ke dalam dewan terus ke meja makan yg telah disediakan...
maka duduklah aku bersama para isteri kawan2 wan...
banyak juga yg kami bualkan...
seperti biasa topik bualan adalah tentang anak masing2....


pengacara majlis ini adalah sharifah shahira(sheera),farouk hussein dan kamal affandi(penganalisis jenayah)...
kehadiran tetamu kehormat sampai kira2 jam 8.45 malam dan disambut dengan tarian india..
acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu2an dari CEO UEM,Dato' Izzadin...
bersempena dengan dinner ini telah diadakan pertandingan UEM GOT TALENT yg bertemakan CULTURES OF THE WORLD...
kira2 ini adalah pertandingan akhir...
sementara menjamu selera para tetamu dihiburkan dengan pelbagai aksi dari peserta2 yg mengambil bahagian....






dari reaksi para tetamu jelas terpancar kegembiraan di atas persembahan dari para peserta...
tergelak juga aku melihatkan aksi2 mereka itu...
berpulun habis mereka dari segi kostum,backdrop dan persembahan...
pendek kata penuh warma warnilah...
pengadilnya pula adalah johan nawawi,nora dan pat ibrahim...
sementara menunggu keputusan diumumkan para tetamu dihiburkan dengan persembahan dari artis undangan,adibah noor...
adalah dalam 10 lagi yg didendangkan oleh beliau...
adibah noor juga sangat peramah kerana turun menyertai para tetamu...
kesempatan ini diambil oleh para tetamu untuk bergambar dengan beliau...
aku pula dapatlah bersalaman dengan beliau...





Alhamdullilah kumpulan wan telah mendapat tempat ke-5 dari 9 kumpulan yg mengambil bahagian...
agak oklah jugalah sebab mereka hanya berlatih selama 2 hari sahaja....
upacara penutupnya pula adalah cabutan nombor bertuah...
seronok lah kepada sesiapa yg dapat cabutan tersebut kerana ianya baucar percutian termasuk penginapan....
malangnya nombor kami tidak memang...
tak mengapa tahun hadapan boleh cuba lagi,hehhehe
majlis selesai dalam jam 12.30 tengah malam....



selesai majlis tersebut terus wan mengajak ke hotel tempat kumpulan mereka menginap..
memang cantik sekitar hotel tersebut...
ala2 seperti sebuah pantailah...
sebelum pulang ketua kumpulan mahu belanja makan,hehehe
borak punya lah borak tak sedar sudah jam 3.00 pagi....
maka beransurlah semua pulang dalam kegembiraan...

secara keseluruhannya aku sangat enjoy pada malam dinner tersebut...
mula2 memang agak takut maklumlah dengan siapa aku hendak duduk makan nanti..
mujurlah kawan2 isteri wan semuanya peramah juga...
jadi pada function2 akan datang bolehlah ikut sekali lagi,hahaha!!
bak kata orang,bersosial dibenarkan namun masih ada batasan...
untuk orang yg pertama kali datang ke dinner suami agak berbaloi jugalah...



itu sahaja yg mampu aku coretkan tentang annual dinner syarikat wan bekerja...
dari pemerhatian aku rata2 semuanya sangt berpuas hati dengan majlis tersebut...
untuk aku pula seudah tentu gumbira sekali...
banyak juga kawan2 baru yg aku temui...
walaupun berbeza latar belakang dan pangkat namun mereka semua peramah serta tidak sombong..
dari seorang yg malu aku terus berubah menjadi peramah...

"itukan memang sudah sifat aku dari dulukan....lambat panas".....


muka sahaja nampak sombong tapi hati tetapi baik...

keseluruhannya aku sangt gembira,lalalallala!!!

notakaki:untuk tahun hadapan akan aku pastikan pakaian dan make up nampak gempak!


























Tiada ulasan: