Selasa, 13 Disember 2011

sebelum melangkah 2012.....

lagi 2 minggu untuk memasuki tahun baru 2012...
dan bermula hujung minggu ini jadual kami 3 beranak akan kembali sibuk...
sabtu dan ahad ini akan ke port dickson...
kerana ada family day yg dianjurkan oleh adik beradik wan...
ada jemputan kahwin pada hari ahad itu..
harus pergi kerana kawan sekampus yg kahwin...
rasanya mesti lambat aku akan sampai ke sana...
tidak mengapalah janji datang kan????

pada 24-26 disember akan pulang ke kampung arwah ayah di melaka untuk menziarahi pusaranya...
cadang hendak menanam rumput2 hijau...
juga akan diadakan majlis tahlil untuk arwah ayahku...
semua adik beradik ayah akan turut serta...
terima kasih kepada orang2 kampung kerna turut sama membantu dala majlis tahlil ini....
mungkin sampai isnin kami berkampung di sana....
sesekali pulang ke kampung menarik juga....

begitulah jadual yg telah disusun sebelum tirai 2011 dilabuhkan....
masuk sahaja 2012 wan pula akan kembali sibuk dengan bola nya...
manakala aku menjalani rutin harian seperti biasa...
tidak akan berasa sunyi lagi kerana iqi ada di sisi....
apabila wan ada perlawanan bola sepak aku pulanglah ke rumah emak...
sungguh indah sekali...

perancangan untuk 2012 belum dibincangkan lagi tetapi wan mahu ke Universal Studio,Singapura....
wah menarik itu...
apapun harus menunggu kelapangan jadual perlawanan bola nya itu...
tidak mengapa...perkara mudah sahaja

jam sudah menghampiri pukul 5.00 petang...
maka tamatlah waktu bekerja hari ini....
kita sambung esok ye...

sekian....


Tiada ulasan: