Selasa, 13 Disember 2011

berilah pada yg lebih memerlukan....

salam 1 Malaysia,,,,
apabila kerajaan mengumumkan bantuan RM500 kepada mereka yg pendapatan seluruh isi rumah kurang dari RM3000 maka ramai yg tersenyum...
bantuan yg julung2 kali diadakan ini telah sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya bagi mereka yg susah....
sangat bagus sebenarnya apa yg dilakukan oleh kerajaan ini namun biarlah matlamat kerajaan ini tidak diambil kesempatan bagi mereka yg mampu....
keutamaan hendaklah diberikan kepada mereka yg benar2 memerlukan duit ini untuk kos sara hidup serta belanja persekolahan anak2...
memang benar rezeki jangan ditolak namun sebagai manusia apa salahnya jika kita memberi peluang ini kepada mereka yg kais pagi makan pagi,kais petang makan petang....
kesusahan dan keperitan hidup mereka lebih teruk dari kita yg boleh dikategori senang dari pelbagai sudut....
apapun tepuk tanya selera...


ini adalah syarat2 tersebut:-

* isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

* ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

* ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon.

* kemudian Borang lengkap BR1M boleh diserahkan melalui Pejabat Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah-sekolah yang terpilih dan ianya harus dikembalikan sebelum 10 Januari 2012.....

* bagi pembayaran BR1M, ianya akan dibuat pada pertengahan bulan Januari kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan....

* bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, contohnya berkerja sendiri, boleh mendapatkan pengesahan dari wakil rakyat ataupun ketua kampung.

untuk maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500...

2 ulasan:

wanie berkata...

setuju sangat

Fuuhhhh la la ..... berkata...

saya pung sokong.... ada ramai lagi di luar sana yang sangat memerlukan wang ini.....