Rabu, 14 Disember 2011

pelik sangat ka?

assalammualaikum.....
sudah lama diperapkan entry namun baru kini hendak dipaparkan...
sebenarnya sudah acapkali aku ditegur oleh teman2 serta keluarga sebelah wan tentang hal ini...
kerana sehingga kini aku masih membahasakan wan dengan panggilan "AWAK"....
alangkah manisnya jika panggilan tersebut ditukar kepada "ABANG"...
memandangkan kami sudah setahun berkahwin dan mempunyai anak,jadi sudah tiba masanya aku berubah angin....
apa yang kita tuturkan akan menjadi ikutan kepada anak2 nanti...
dikhuatiri anak2 tidak ada rasa hormat terhadap ayahnya pula....
oh,begitukah?

hairan juga kerana orang lain yg mengusulkan idea ini...
dahulu memang aku akan buat tidak endahkan sahaja...
tetapi apabila kerap kali diasak membuatkan aku jadi serba salah...
aku tidak mahu dicop sebagai hipokrit hanya kerana mahu memuaskan hati pihak lain....
bagi aku ianya bukanlah satu masalah besar pun...
janji apa yang aku buat semua ini mendapat restu wan sudah mencukupi....

menggeleng kepala sambil tersenyum wan apabila aku ajukan isu ini kepadanya...
selepas itu dia tergelak sedikit....
tidak sangka soalan ini akan muncul lagi....
katanya panggilan tidak membawa apa2 maksud yang penting rasa hormat terhadap suami sudah cukup memadai....
tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu...
juga paling penting tahu batasan dalam pergaulan serta menjaga maruah sebagai isteri...
kasih sayang bukan diukur dari panggilan semata2 tetapi bagaimana kehidupan rumahtangga itu dicorakkan...
peranan yang dimainkan oleh suami isteri dalam mendidik anak2....
mana2 nasihat yg baik ambil dan jadikan pedoman...
sementara nasihat2 yang tidak mendatangkan manfaat buang jauh2....
jawapan yang semasa aku mengajukan soalan ini dulu....

jawapan sudah aku temui jadi biarlah takdir yang menentukan segalanya....
manalah tahu jika suatu hari nanti terbuka pintu hatiku untuk bertukar panggilan...
kita tidak tahu apa yang terjadi kelak...
doaku hanya satu semoga kerukunan rumahtangga kami berkekalan sehingga akhir hayat...
dan mendapat anak yg soleh serta solehah....
mendengar kata kedua ibu dan bapa...
paling utama berjaya dalam hidup masing2...
Insya-Allah....

Amin!!



Tiada ulasan: