Isnin, 5 Disember 2011

iqi dan susunya....

dari iqi umur 1 bulan hinggalah kini aku bagi susu Dumex Dulac sahaja...
harga 1.2kg susu tersebut adalah RM24.00..
memang agak murah namun itulah susu yg paling serasi dengan iqi..
masa umur iqi 2 bulan aku pernah tukar kepada jenama susu Dutch Lady...
namun hasilnya tidak memuaskan kerana iqi memuntahkan kembali dan cirit birit...
oleh kerna takut melihat situasi iqi itu maka kami suami isteri mengambil keputusan kembali memberi susu Dumex kepadanya...
dari pemerhatian aku,iqi sangat sukakan susu ini dan habis licin diminumnya,hehehhe...


bukan tidak mahu memberi iqi susu yg lebih mahal lagi namun aku takut jika keadaan yg sama berulang kembali...
jenama susu bukanlah penentu faktor kecerdasan otak seseorang anak itu...
ianya bergantung kepada bimbingan dan asuhan ibu bapa itu dalam mencorakkan kehidupan anak mereka...

kini aku tidak sabar mahu menunggu iqi 6 bulan kerana mahu mencampurkan ruji makanannya...
sudah ada di kepalaku makanan tambahan yg akan kuberikan kepadanya...
pasti iqi akan menyukainya....

setiap itu mahukan yg terbaik untuk anaknya begitu juga aku!!


Tiada ulasan: