Selasa, 20 Disember 2011

mari kita layan jiwang....

Gadisku
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi
Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku (selalu) selama-lamanya

Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku

Cinta kan bermakna jika sama saling memahami
Cintaku bercahaya jika disulami cinta suci

Gadisku...

Kalau hidup ini rangkap tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Di kala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya

masa kenduri resepsi wan lagu inilah yang didendangkan olehnya..
penuh perasaan dia nyanyikan lagu itu bersama kawan baiknya,hadi...
secara live pula tue....
mujurlah dia nyanyikan dengan baik bersama band dari UEM...



agak kelakar juga apabila mengenangkan detik manis itu...
aku ketika ini sedang berposing di depan pelamin sambil mendengar lagu yang dituju khas untuk aku,hahahha
ada juga permintaan dari band UEM untuk kami berduet namun aku tolak mentah2 kerana malu...


dan inilah yang dinamakan kenangan mengusik jiwa...
kalau sudah namanya kaki karoake dalam majlis sendiri pun boleh menyanyi...
apapun terima kasih diucapkan kepada suamiku kerana masa inilah dapat isterimu melihat kejiwangan mu...

pheeeeeewittttt!!

notakaki:entry ini dipapar kerana dari pagi tadi aku dok layan youtube Konsert Fenonema Search 30 tahun.kali ini aku tidak dapat pergi kerana menghormati pemergian arwah ayah.lain kali boleh pergi lagi....

terbaeklah Search!!!!!!



Tiada ulasan: