Selasa, 13 Disember 2011

AGONG KE-14......


Menjunjung Kasih kebawah duli Tuanku sekalung penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia di atas pentabalan Tuanku menjadi Yang Dipertuan Agong ke-14....

13 Disember 2011 bakal mencatat sejarah buat sistem pemerintahan di Malaysia kerana kita akan memperolehi seorang pemerintah tertinggi yang baru untuk berada di puncak kepimpinan tertinggi kerajaan persekutuan Malaysia.......

Tuanku Abdul Halim akan menjadi satu-satunya Raja Melayu yang menaiki tahta Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali....


sedikit fakta mengenai Agong ke-14:-

* menjadi Sultan Kedah Darul Aman dari 14 Julai 1958 hingga kini sudah 53 tahun memerintah negeri Kedah.....

* menjadi Sultan Kedah yang ke 28 setelah kemangkatan ayahanda banginda Almarhum Sultan Badlishah....

* pernah menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke lima pada tahun 21 September 1970 - 20 September 1975....

* pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah....

* Baginda mempunyai dua orang isteri iaitu Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah (mangkat) yang merupakan Puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Sultanah Haminah Hamidun dari orang kebanyakan berasal dari Perak....

DAULAT TUANKU!!


notakaki:sumber dari google...


Tiada ulasan: