Khamis, 8 Disember 2011

oh..bilalah nak kurus ni!!

sebagai wanita tipulah kalau tidak berkeinginan untuk mendapatkan bentuk badan yg diidamkan....
tak dapat 100% pun tak kisahlah asalkan bmi memuaskan hati...
itulah yg aku risaukan sejak bersalin ini...
badan yg asal amat sukar untuk dicapai...
ataukah aku mengambil ringan semasa berpantang?
memanglah ada penurunan sedikit tetapi aku masih tidak berpuas hati lagi...
apabila melihat bentuk badan dicermin pasti aku akan mengomel sendirian....
justeru itu aku mengambil keputusan untuk tidak mengambil nasi dalam tempoh sebulan ini..
mahu melihat hasilnya sama ada berkesan atau sebaliknya...
rutin makanan juga harus dirombak semula dimana sarapan pagi hendaklah dijauhkan dari makanan seperti bergoreng,nasi lemak mahupun roti canai...
teh tarik yg menjadi kegemaran aku harus dilupakan buat sementara ini...
buat permulaan aku mulakan dengan memakan roti bakar dan kuih muih....
tengaharinya pula aku akan mengambil makanan bersup...
petangnya aku akan makan biskut bercicahkan teh o atau seangkatam dengannya...
selepas pukul 7.00 malam berhenti daripada mengambil apa2 makanan.....
jika lapar aku akan makan roti sahaja......
begitulah pola pemakanan aku dalam masa 3 hari ini,hehehehhehe
agak mencabar namun aku sudah tekad mahu melakukan...
bercakap mahu kurus tanpa usaha tidak guna jugakan?
makanya pada aku inilah cara yg terbaik untuk aku mengembalikan bentuk badan seperti dulu...
aku seboleh2nya tidak mahu ke pusat pelangsingan badan kerana inya membuang duit sahaja...
kebanyakan jurulatih kesihatan berkata jaga makan dan kerap melakukan aktiviti senaman sudah cukup memadai...
apa guna ke pusat pelangsingan badan jika tidak menjaga pemakanan...
bab menjaga makan aku rasa memang tidak ada masalah kerana pernah melakukan dulu...
tetapi tentang senaman itu aku memang ada masalah...
oleh itu,senaman yg terbaik untuk aku adalah turun naik tangga di pejabat dan memperbanyakkan bergerak....


itulah gambar yg baru aku captured di tandas,hahaha
(tak senonohkan)
belum mencapai tahap yg diinginkan sebenarnya...
baju kurung lama2 memang boleh disarungkan tetapi ketat dibahagian dada....
pinggang dan pinggul sudah melepasi zon bahaya,kakkakaka...
namun itu belum buat aku tersenyum lagi....
usaha harus diteruskan lagi...
semoga akan berjalan dengan baikkkk

fuh...mencabar kan namun itulah harga yg perlu dibayar seandainya mahu mendapatkan sesuatu...
adalah lebih baik berusaha dulu dari mengaku kalah sebelum berjuang...
tiada siapa yg mampu mengubah diri sendiri melainkan orang itu sendiri...
harap2lah usaha aku ini akan membuahkan hasil...
Insya-Allah!!!

Tiada ulasan: