Jumaat, 16 Disember 2011

beralih angin....

salam hari jumaat yang penuh berkat ini...
semalam aku halfday sebab mahu ke TM NET di Cyberjaya...
oleh kerana Maxis Broadband lembap mengalahkan kura2 maka aku telah berubah angin mahu mencuba line TM NET pula...
sebab member2 aku cakap line tersebut sangat laju dan bagus...
tak sanggup lagi melayan line Maxis yang kadang2 boleh menaikkan darah...
bayar tiap2 bulan tapi perkhidmatan sangat mendukacita...
tidak kisahlah jika hanya boleh dipakai di rumah sahaja asalkan puas hati...
lagipun banyak lagu2 dan cerita2 yang mahu aku muat turunkan ini...
lebih2 lagi lagu untuk si hero kecik ku itu...
kini iqi sudah mulai menggeleng kepala apabila mendengar muzik...
tidak kiralah apa jenis genre muzik dilayannya....


pakej yang ini lah yang aku ambil...
panjang juga penerangan yang diberi oleh pegawai TM NET...
keseluruhannya memang sangat aku fahamlah....
minggu depan orang yang pasang kabel telefon akan datang....
kita nantikanlah bagaimana kesudahan line yang baru ini...
harap2 laju seperti yang diperkatakan oleh member2 aku....

adios..

notakaki:selepas ini bolehlah ucap selamat tinggal kepada Maxis Broadband...
sampai sini sahaja khidmat kamu kepadaku....aku sudah punyai teman baru,hahahah!!

Tiada ulasan: