Khamis, 1 Disember 2011

kudis yg meninggalkan parut....


tajuk yg agak jijik untuk diperkatakan akan tetapi ini hanyalah cerita dikala boring dan idea zero..
kalian pernah kena maki tak..??
di lemparkan dengan kata-kata kesat atau tidak senonoh yang membuatkan pedih hingga ulu hati...

mustahil la tak penah kan..?
kadang-kadang ayat-ayat yang kita dapat itu boleh membuatkan kita menjadi seorang pendendam dan seterusnya membenci orang yg maki kita itu....

manusia memang berlainan perangai dan pesonalitinya....
terkadang kita terima sahaja makian mereka tanpa membalas apa2 kenyataan...
senang cerita masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
tak kurang juga yg menyembur balik makian itu dengan cara bercakap terus terang ataupun secara sindiran...

persoalannya,adakah kita akan pukul dan belasah orang yang cakap sebegitu.??
atau kita diam dan perbetulkan apa yang mereka cakapkan pada kita..??
atau simpan dalam hati sambil berkata "biarlah ko hendak kata apa,ada aku kesah,hahaha!"


jika aku mengalami situasi begini,aku buat bodoh sahaja...
memanglah makan dalam namun dari terus panjang cerita lebih baik buka radio dengar lagu jiwang2 lagi bagus...

kesimpulannya tidak perlulah mempertikaikan apa yang telah kita miliki..
bersyukur dan terima seadanya diri kita
ianya sudah cukup untuk mendapat pahala dari menambah dosa dengan benda2 yg tidak berfaedah...

betul tak?????







Tiada ulasan: