Isnin, 19 Disember 2011

family day di rumah pun orait juga..

family day yang sepatutnya diadakan pada sabtu dan ahad terpaksa ditunda ke tarikh lain...
kerana jumaat lepas abang ipar aku kemalangan...
terkejut mendengar berita tersebut pada jumaat pagi...
petangnya balik dari pejabat terus ke hospital beliau...
mujurlah hanya kemalangan kecil sahaja...
luka2 pun tidaklah teruk sangat...
sabtu sudah boleh keluar....
mamat yang langgar abang iparku lesap sejurus kemalangan itu...
sudah dibuat aduan dan kes diklasifikasikan sebagai langgar lari...

nasib ko la mamat motor,huhuhu

memandangkan abang iparku adalah ketua rombongan untuk family day maka percutian ini terpaksa ditunda ke tarikh yang lain...
apapun kami akan diberitahu kelak...
kami sebulat suara mahu pergi pada tarikh tahun baru ini...
barulah meriah sikitkan???

jadi ber-family day lah aku,wan dan iqi di rumah....
sabtu tidak kemana2 cuma malamnya keluar sekejap ke Carrefour Wangsa Maju membeli barangan dapur...
sempat juga singgah ke kedai Anakku dan memborong pakaian untuk heroku itu...
maklumlah hujung2 tahun ini sale di sana sini...
ahad ke kenduri kahwin kawan aku,Murnizza di Alam Damai Cheras...
selepas itu ke klinik untuk diperiksa ruam di muka iqi....

begitulah hujung minggu kami 3 beranak...
tiada yang menarik sebenarnya...
namun sungguh gembira kerana dapat meng-topupkan masa bersama si kecil kami itu...
hajat di hati memang hendak bercuti bersama2 namun memandangkan iqi masih kecil hasrat itu terpaksa dibatalkan...
kini apabila hendak keluar mesti ada tujuan..
jika tidak duduk di rumah sahajalah....
nikmat jugakan???

notakaki:melayan blues di hari isnin yang suam2 hangat...hahahhaha!!!


Tiada ulasan: