Selasa, 6 Disember 2011

review:ombak rindu...

penangan annual dinner UEM telah membuatkan aku terpaksa ambil MC hari ini...
bangun sahaja tidur terus menyelesaikan beberapa urusan yg penting...
selepas itu aku cadangkan kepada wan hendak menonton wayang...
tanpa banyak cerita dia setuju sahaja...
pastinya cerita yg ditonton adalah OMBAK RINDU...
sekali masuk panggung terkejut aku sebab ramai nya org....



keindahan lokasi pengambaran di sawah padi memang memukau
pengambaran sekitar Pulau Langkawi tu memang indah sekali..
dalam hati berkata sungguh mendamaikan melihat ciptaan Allah...

sebenarnya jalan cerita ini aku sudah boleh agak sebab telah khatam membaca novelnya...
jadi aku sudah setkan dalam otak agar tidak membandingkannya dengan novel...
pada permulaan cerita agak perlahan sedikit....
ketika ini dipaparkan tentang kehidupan watak utama iaitu izzah lakonan maya karin...
terasa agak janggal kerana watak izzah sebagai gadis kampung yang ayu dan sopan santun diberikan kepada maya karin...
mungkin aku ini boleh dianggap kuno kerana berpendapat begini namun apapun lakonan maya karin membanggakan juga...
pertama kali membawakan watak antagonis,lisa surihani bertindak cemerlang....
sekurang2nya dia lari dari watak sterotaip yg pernah dilakonkan...
walaupun jahat lisa masih nampak comel.........
satu pencapaian yg bagus untuk karier lisa....
hero terhangat aaron aziz memang terbaik lah...
penghayatan watak sebagai hariz boleh dianggap berjaya...
yg paling mahal adalah air mata beliau yg boleh memcairkan hati mana2 wanita...
watak pelakon tambahan seperti bront palare,azizah mahzan,zaidi omar,normah damanhuri dan julia zieglar amat memuaskan hati...
setiap dari mereka membawakan watak dengan baik...

sejujurnya,hati aku juga tersentuh ketika menonton cerita ini...
penderitaan serta kesengsaraaan izzah digarap dengan baik sekali...
walaupun tidak banyak dialog namun dari segi emosi ianya berjaya membuatkan hati wanita aku tersentuh...
banyak pengajaran yg terdapat dalam cerita ombak rindu ini...
ketabahn seorg isteri yg tidak pernah putus2 berdoa agar suaminya kembali ke pangkuan...
menyelami hati seorg isteri yg terpaksa menerima hakikat terpaksa dimadukan amat menyedihkan...
aku dapat bayangkan bagaimana perasaan seorag isteri yg diperlakukan seperti perempuah simpanan...
perkahwinan yg dirahsiakan untuk menjaga hati pihak lain....
pendek kata sesiapa yg bergelar isteri pasti akan memahami erti pengorbanan...

aku sukakan dialog yg ditutur oleh mila (lisa surihani) apabila mengetahui yg izzah adalah madunya...
mana2 perempuan memang tidak sanggup dimadukan...
walaupun izzah mengatakan dia pasrah dan menerimanya sebagai takdir namun jauh disudut hati pasti tercalar kelukaan...

"redha bermaksud ikhlas tapi pasrah bererti mengalah......"

mendalam sungguh maknanya kan?

sepanjang durasi 2 jam itu aku terbuai2 dek emosi izzah dan mila....
2 wanita yg berbeza karektor namun wanita tetap wanita....
hanya wanita yg memahami hati kaumnya sendiri....

itu sahaja ulasan dari aku...
nasihat aku tontoni terlebih dahulu sebelum mendengar pelbagai versi dari org ramai...
pendapat masing2 tidak sama...
apa yg penting pengajaran yg terdapat dalam cerita ini...

Assalammualaikum...........

Tiada ulasan: