Ahad, 4 Disember 2011

ku di dalam dilema...

salam hujung minggu semua....
2 hari cuti tidak kemana2 pun...
hanya duduk di rumah sahaja....
kerana wan ada reheasal untuk annual dinner UEM yg akan diadakan esok di Mines...
dia terlibat dalam acara malam gala tersebut...
dan peluang duduk di rumah aku gunakan sebaik2nya untuk membuat kerja2 rumah yg tertangguh...
juga yg paling penting dapat bergolek2 bersama anak,hehehhe

apa yg dilemanya yer?
untuk malam dinner tersebut telah disediakan 2 tempat kosong untuk setiap pekerja...
makanya wan menghendaki aku pergi sama....
teringin hendak melihat persembahan wan masa malam tersebut...
teruja beb!
tetapi apabila mengenangkan masa bermulanya dinner tersebut jam 8.00 malam membuatkan aku rasa serba salah......
mesti lewat akan pulang.....
dan keesokannya harinya pula hendak bekerja...
seandainya tidak pergi terasa rugi sangat2...
bukan senang hendak melihat suami sendiri berlakon...
peluang keemasan ini!!!!!

soal penjagaan anak memang tiada masalah....
emak boleh mengambil alih tugas tersebut...

tengoklah nanti mana tahu dapat wahyu seterusnya terbuka pintu hati hendak pergi....

dilema sungguh!!!!!

Tiada ulasan: