Isnin, 12 Disember 2011

carca marba punya cerita hari ini!!!

Assalammualaikum w.b.t

hari ini aku agak gembira ke pejabat sebab mendapat rehat yg secukupnya....
kesempatan hujung minggu digunakan sebaiknya bersama anak dan suami...
tiada yg menarik cuti hujung minggu cuma hari sabtu menghadiri ke majlis perkahwinan adik kawanku...
selepas itu singgah NSK membeli barang basah kemudian terus pulang ke rumah....
malam nya pula ke rumah jiran berhampiran kerana ada jamuan cukur jambul anaknya...
borak punya borak tak sedar sudah pukul 11.00 malam...
minta diri untuk pulang dan tidur bertrio kami 3 beranak....
sangat bahagia!!!

esoknya pula jam 6 pagi iqi sudah mengejutkan kami dari lena...
wan pula bersiap2 untuk menjalani latihan bola sepak manakala aku ke dapur membuat sarapan...
dipendekkan cerita jam 10 pagi selesai sudah kerja2 rumah...
terasa lega dan berpuas hati....
aktiviti kami berdua adalah menonton televisyen sambil melayan kerenahnya itu....
tiada makan tengahari kerana wan hanya akan pulang jam 6.00 petang....
suasana yg dingin selepas waktu zohor membuatkan mata ku mengantuk...
maka berduetlah kami tidur sehingga jam 5.00 petang....
begitu santai aktiviti aku dan iqi....
dirasakan teramat tenang apabila dapat berehat begini....

kempen Piala Malaysia akan tiba awal tahun baru ini...
dan rutin harian akan kembali seperti biasa...
tidak perlu rasa sedih apatah lagi berduka kerana inilah dinamakan putaran kehidupan...
itulah punca pendapatan tambahan wan untuk keselesaan kami sekeluarga...
jadi bolehlah kita pergi melancong tahun hadapan,hahahha.....

hujung minggu yg santai namun menggembirakan...i like it!!!!

Tiada ulasan: