Jumaat, 9 Disember 2011

blues jumaat....

salam semua...
jumaat sudah...itulah yg aku suka...
ke mana hujung minggu masih belum dipastikan lagi...
tetapi aku lebih suka duduk rumah kerana kerja2 rumah dapat dibereskan tanpa kelam kabut...
mood untuk keluar berjalan2 semakin lama semakin pudar...
atas sebab apa aku sendiri kurang pasti...
mungkin apabila sudah ada anak maka mood itu melayang ke laut..
ataupun faktor kepenatan bekerja 5 hari agaknya?
lantas cuti sabtu dan ahad harus digunakan sebaik mungkin untuk meluangkan masa bersama keluarga...
sebagai isteri pula tanggungjawab membuat kerja2 rumah juga harus dilaksanakan..
kalau bertangguh2 maka berbakul2 lah baju untuk dilipat...
aduhai!!

"oh..jangan mengeluh kerana semuanya itu mendapat pahala,pn zura"...

apabila duduk di rumah maka aku boleh menajamkan skil masakan aku itu...
sudah hampir 2 minggu dapur rumahku tidak berasap..
bayangkan sahaja pulang2 sahaja dari pejabat badan mulai letih...
lantas hati menjadi tawar untuk memasaka...
lebih2 lagi sekarang ini aku sedang berdiet....
tapaukan 2 atau 3 jenis lauk untuk encik suami selesai masalah,hahaha....

setahun lebih berkahwin belum terdengar lagi rungutan dari encik ridzuan tentang hal2 berkaitan masakan ini...
belum pernah dia meminta apa masakan untuk mengisi seleranya...
cuma dia sukakan masakan yg berasaskan kari dan masak asam...
jadi tumpuan masakan aku lebih terarah ke menu2 seperti disebutkan tadi...
apa yg aku masak akan dimakan dengan penuh selera...
sekiranya aku mahu mendapatkan kepastian sama ada masakan itu sedap atau tidak dia akan mengatakan sedap sambil diselitkan beberapa komen yg positif.....
tidaklah aku berkecil hati jika dia memberi komen...
akan aku jadikan panduan di masa akan datang...
namapun masih belajar jadi harus berfikiran terbuka dalam hal ini...

sebenarnya berkahwin dan mempunyai anak tidaklah susah dan tidaklah sesenang manapun...
apa yg penting suami isteri itu bekerjasama dan cara berkomunikasi...
sentiasa ada sifat bertolak ansur dalam rumahtangga...
walaupun masih di peringkat junior dalam hal rumahtangga namun aku bersyukur kerana perjalanan rumahtanggaku berjalan dengan baik...
soal anak pula dari hari ke hari banyak benda baru yg aku pelajari....
dari situlah aku belajar erti kesabaran dalam melayan kerenah iqi yg pelbagai ragam..
gembira hatiku apabila melihat dirinya yg semakin lama semakin cerdik dan aktif....
hilang segala sakit semasa detik2 mahu bersalinkannya...
satu hadiah yg tiada nilainya di dunia ini...

jemputan kahwin masih diterima hingga kini...
rasanya seperi malas mahu pergi...
akan tetapi jika tidak pergi apa pula kata kawan2...
seolah2 tidak mengenang budi orang...
majlis kahwin aku diorg pergi tetapi majlis depa aku buat tak tahu sahaja...
lupakan sahaja soal penat...
apa salahnya pergi sekadar menunjukkan muka dan selepas itu mintalah diri pulang...

orang berbudi kita berbahasa,betul tak?

rasanya sudah penat mahu ke pusat membelah sekadar berjalan2 tanpa tujuan...
aku punyai rancangan yg tersendiri apabila iqi sudah mampu berjalan...
mahu membawa dia ke zoo negara,taman burung dan seangkatan dengannya..
pasti akan meriah jika membawa dia bersiar2 di taman dan bermain bola bersama babahnya..
dan mamanya pula duduk dibangku sambil memerhatikan gelagat 2 orang chenta hati mama...
oh...tidak sabar menantikan detik itu!!!!

lagi 2 minggu 2011 bakal melabuhkan tirainya...
apa azam aku tahun ini?
aku mahu menjadi ibu dan isteri yg terbaik di mata 2 hero kesayangan ku itu....
harta aku yg tiada galang gantinya...
mama sayang kamu berdua...
muahssss!!!!!

sekian sahaja bluess jumaat aku ini...
agak merepek namun ianya lahir dari hatiku yg ikhlas.....

selamat berhujung minggu!!!!

Tiada ulasan: