Rabu, 21 Disember 2011

mereka tetap di hati.....



sebut sahaja nama Kumpulan Search aku rasa semua orang kenal mereka...
mana mungkin boleh lupa pada lagenda rock ini...
fenonema yang dicetuskan oleh kumpulan ini sangat mengagumkan...
selama 30 tahun nama kumpulan ini tetap utuh dan kukuh...
mereka berdiri atas sokongan tidak membelah bagi peminat2nya...
setiap kali mereka mengadakan konsert pasti beribu2 peminat yang akan menonton...
gemuruh satu stadium apabila mereka ini beraksi....
lagenda yang tidak ada gantinya...
datanglah kumpulan2 baru namun masih belum dapat menandingi kehebatan mereka..
walaupun pernah mengalami zaman kejatuhan namun perjuangan muzik rock tetap diteruskan..
muzik dan lagu mereka memang sebati dengan jiwa rock melayu malaysia...
lirik yang tidak berpuitis dan mempunyai mesej yang tersendiri...
ditambah dengan suara vokalis utamanya yang sukar untuk ditemui..
terserlah suara kelakian pada tonenya...
walaupun nada tinggi amy tidak seperti dulu namun vokalnya tetap maintain...
kadang2 aku tertanya di mana dia dapat stamina yang sebegitu sedangkan usianya kini mencecah 53 tahun...
memang marvellous lah....

aku bukanlah peminat fanatik atau tegar mereka...
cuma menghormati bakat dan lagu2 mereka...
membesar dengan lagu mereka membuatkan aku berasa sangat dekat dengan mereka...
sekiranya mereka mengadakan konsert besar2an pasti aku akan turun padang...
terasa aura muzik live mereka jika dibandingkan mendengar di radio..
walaupun ramai yang mengatakan rock itu ganas dan sering dikaitkan dengan arak serta dadah namun pada aku muzik yang dibawa oleh Kumpulan Search ini mempunyai unsur ketimuran...
pandanglah dari sudut yang positif...
yang mana yang baik kita ambil manakala yang buruk jangan diikuti...
jangan disalahkan pengaruh muzik yang membuatkan anak2 muda ke kancah maksiat..
terpulang pada individu itu membawa diri sebenarnya...



kali terakhir aku ke konsert mereka adalah pada tahun lepas...
masa itu Konsert Double Trouble yang menggabungkan mereka dengan Kumpulan Wings...
konsert yang diibaratkan pertembungan antara adik dan abang memang dinantikan...
inilah 2 kumpulan rock yang paling berpengaruh dalam industri muzik tanah air....
walau dihimpit dengan pelbagai kontroversi namun kedua2 kumpulan ini tetap mendapat tempat di hati peminatnya...
muzik,lagu dan lirik mereka akan tetap malar segar sampai bila2...

kesimpulannya,apa sahaja aliran muzik yang kita minati biarlah mempunyai batasannya..
selagi masih tahu had2 berhibur kira memadailah...

pikir-pikirkanlah ye!!






Tiada ulasan: