Selasa, 20 Disember 2011

CINTA INTERNET.....maaf saya tak berminat!!!

Assalammualaikum...

semalam aku dapat satu panggilan dari kawan sekampus yang mengadu tentang nasibnya yang banyak kali juga kena tipu dengan kenalan di internet...
sebenarnya sudah banyak kali juga aku nasihatkan dia agar berhati2 dengan cinta internet ini...
ada yang menipu dari segi rupa,status dan perihal masing2...
tidak kurang juga yang menjadikan laman sosial untuk melakukan perkara2 yang tidak senonoh...
namun ada juga yang mencari jodoh dengan cara sebegini...
memang terdapat kebaikan juga jika bercinta cara demikian...
kata orang senang dan mudah untuk berinteraksi...
juga sangat menjimatkan...
dengan hanya melihat rupa dan mendengar suara boleh jatuh cinta...
itulah kuasa cinta muka buku....

tetapi pendapat aku pula berbeda...
bukan aku menolak teknologi begini tetapi aku rasakan cinta di internet tanpa berjumpa dengan pasangan bukanlah cinta yang sejati...
bayangkan hampir setiap hari berborak di alam maya tanpa berjumpa...
boleh pula meluahkan perasaan cinta begitu sahaja....
selepas itu percintaan berlanjutan dengan berborak dan bersms di telefon....
berjumpa pula tidak pernah....
adakah ini dinamakan bercinta?
sudah dipastikan latar belakang pasangan kita itukah....
takkan semudah itu kita mempercayai apa yang dikatakan oleh pasangan kita...
bukti apakah yang boleh menyokong kejujuran mereka itu?

ada juga yang apabila berjumpa lain pula kisahnya...
kadang2 rupa jauh panggang dari api...
apa yang dipaparkan di profile sangat berbeza...
tidakkah itu dinamakan penipuan....
alasan mereka adalah mahu menguji pasangan mereka sama ada boleh terima diri seadanya...

dalam istilah persahabatan atau percintaan itu semua tidak penting...
yang mustahak adalah kejujuran...
setahu akulah orang yang begini memang begitulah cara mereka dalam berkawan...
menggunakan taktik seumpama ini untuk memancing kaum2 wanita...
sebelum berjumpa pasangan sekarang tentu banyak kenalan wanita yang mereka telah bertemu....
apabila tidak serasi dengan hati terus didelete profile dalam kenalan laman sosial...
seperti habis madu sepah dibuang...
tolonglah.....menjengkelkan!!

apa yang aku coretkan ini berdasarkan pengalaman kawan2 aku...
tidak langsung bersangkut paut dengan aku...
teringat juga kata2 kawan aku kebanyakan kenalan di internet akan menipu untuk kepentingan masing2...
tetapi 90% mereka ini terdiri dari yang tidak banyak kawan di luar sana...
sebab itu internet dijadikan peneman mereka di waktu sunyi...
betul atau tidak aku sendiri kurang pasti...

namun sehingga kini aku pegang nasihat beliau yang menyarankan agar jangan percaya cinta di internet...
sebab banyak keburukan dari kebaikan...
kawan2 yang ada dalam facebook aku kebaikan mereka memang sudah aku kenal...
sebelum berkahwin memang aku tidak pernah berminat untuk mencari jodoh di internet..
aku lebih suka berkawan di alam yang realiti...
di situlah kita boleh belajar mengenal manusia yang pelbagai watak dan rupa...
bukannya di alam maya yang entah boleh atau tidak kewujudannya...
apapun terpulang pada individu itu sendiri....
tepuk dada tanya selera!!!

notakaki:kata kawan aku mereka yang mencari kenalan di internet kebanyakan memiliki raut muka yang kurenggggg dan bentuk badan yang besar...betul kah!!!!!
aku tidak pernah mengalaminya jadi maaf jika apa yang aku paparkan menyinggung hati..
yang baik jadikan teladan yang buruk buang jauh2...

PEACE!!!!




1 ulasan:

wanie berkata...

layan cinta kristal lagu best