Selasa, 22 November 2011

tahniah Malaysia....


malaysia mengekalkan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea untuk kedua kalinya malam tadi dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan yang dianggap sebagai pertembungan dua musuh tradisi.perlawanan yg berkesudahan 1-1 selama 90 minit terpaksa dibawa ke masa tambahan bagi menentukan pemenangnya.cukup 30 minit masa tambahan kedua-dua pasukan masih buntu mencipta jaringan.dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yg memihak kepada pasukan kita.apapun harus berterima kasih kepada penjaga gol kebangsaan iaitu Mohd Khairul Fahmi aka Apek yg bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti dari ketua pasukan Indonesia..



bertambah glamer lah mamat ini,hehehe!!!

apapun sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda yg berjaya memenangi pingat emas buat rakyat Malaysia...

yang lebih penting kita dapat melenyapkan kebisuan 100,000 orang penyokong tuan rumah...

teruskan kecemerlangan pada masa akan datang....

saya sayang Malaysia!!!




Tiada ulasan: