Isnin, 14 November 2011

petua banyakkan susu....

khas untuk kaum ibu yang menyusukan bayi juga untuk ibu yang bakal melahirkan anak pertama. ini antara tip-tipsnya:-

# Makanlah makanan sampingan seperti bubur kacang hijau yang mengandungi zat sebelum ibu memberi penyusuan.
# Minum segelas air, susu atau air buahan sebelum atau ketika menyusu.
# Berbaring dahulu selama beberapa minit sebelum ibu mula menyusukan bayi.
# Dengarlah sesuatu yang menyenangkan hati ibu sebelum dan sewaktu menyusu.
# Pilih tempat yang sunyi sewaktu menyusukan.
# Sebaik-baiknya ibu mandilah dahulu dengan air suam sebelum memberi susu kepada bayi.
# Ketika menyusukan, tentulah lebih selesa jika ibu duduk di atas kerusi yang lembut.
# Rehatkan kedua belah tangan dan tarik nafas perlahan-lahan sebanyak 20 kali sebelum penyusuan dibuat.
# Dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman tentang cara-cara pemberian susu berkesan.

yang penting ibu yg menyusu harus tenang,gembira dan tidak boleh tertekan...

selamat beramal!!!

Tiada ulasan: