Jumaat, 25 November 2011

misi pertama sudah berjaya dilepasi..syukur!!!!

alhamdullillah sudah jumaat yer...
seronok sebab cuti selama 3 hari kerna Awal Muharam jatuh pada hari Ahad...
destinasi 3 hari cuti ini belum dipastikan...
mungkin menghadiri kenduri kahwin sekitar Lembah Klang sahaja....
sebelum itu harus pulang ke rumah Wangsa Maju...
maklumlah sudah seminggu rumah itu dibiarkan kosong..
jadi kena jenguklah sekejap dan mengemas apa yg patut..

berbalik kepada entry yg sebenarnya...
semalam semasa mengemas baju arwah ayahku yg hendak disedekahkan tiba2 aku terpandang alat penimbang berat badan...
em...sambil itu tergerak di dalam hati mahu menimbang beratku ini...
faham2 sahajah sejak bersalin banyak alingment yang lari,heheheh....
agak terkejut juga sebab turun dalam 3 kg juga....
kira berhasil jugalah aktiviti turn naik tangga pejabat setiap hari dan tidak mengambil apa2 makanan selepas jam 7 malam....
itu belum lagi ditambah dengan keaftifan aku ke sana ke mari sepanjang hari....
setakat ini aku belum memulakan aktiviti joging lagi sebab tidak mempunyai masa yg sesuai..
jadual aku dan wan sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sama ada di pejabat,rumah mahupun di luar.....

di dalam hati rasa bangga jugalah sebab aku tidak mengamalkan diet yg eksterem...
sejak sebulan ini setiap pagi sahaja aku hanya akan ambil 2 biji roti dan secawan teh...
tengahari aku akan ambil menu yg agak berat sedikit seperti nasi...
selalunya aku makan hanya satu lauk sahaja...contohnya seperti ayam goreng ataupun ikan goreng sahaja...tak lupa juga sedikt sayur...
oleh kerana aku suka sambal belacan,aku selitkan sedikit pada nasi...
sangat sederhanakan lauk aku....
petang pula aku akan makan kudapan seperti pisang goreng dan sewaktu dengannya...
jika tengahri aku tidak mengambil menu yg berat akan aku gantikan sebelah petang pula...
dipendekkan cerita menu berat aku akan ambil sekali sahaja....
pada waktu malamnya memang aku tidak sentuh langsung makanan...
jika wan hendak makan memang aku akan masakkan....

"kewajipan harus dilaksanakan walaupun sedang berdiet,hehehe"

mula2 wan agak janggal apabila makan berseorangan tetapi tidaklah aku membiarkan keadaan begitu...
aku hanya menemaninya makan sambil berborak seperti biasa....
mesti kalian hairan bagaimana aku boleh menahan nafsu kan?
jawapannya mudah,harus berdisplin jika mahukan sesuatu yg terbaik...
jangan kata tidak boleh buat sebab jika tidak berusaha manakan tahu hasilnya.hehehhe...
dan yg paling penting buatlah mengikut kemampuan diri sendiri...
pasti akan menemui kejayaan....

seperkara lagi sudah hampir 4 bulan aku tidak minum ais....
dulu memang agar sukar juga lebih2 lagi apabila cuaca panas..
tersangatlah mencabar fizikal dan mental...
akan tetapi aku telah setkan dalam diri usah mengaku kalah....
sia2 sahajalah usaha aku selama ini jika perkara sekecil itu tidak boleh diharungi...

aku mengaku agak mustahil mahu kembali seperti bentuk badan yg dulu tapi sekurang2nya aku tidak mahu berputus asa...
jika orang yg beranak 4 boleh melakukan tidak mustahil ianya boleh berlaku kepada aku...
yang penting adalah usaha....
usaha tangga kejayaan!!
tidak sesiapa memaksa aku melakukan demikian...semuanya atas kerelaan aku sendiri...
biarlah saiz M itu sentiasa kekal di badanku.......

chewah!!!!!

Tiada ulasan: