Isnin, 14 November 2011

keputusan AIM....

AIM 2011 selesai melabuhkan tirainya.. ternyata AIM punya kelas yang tersendiri bagi mengiktiraf mereka yang bergiat dalam industri seni muzik tanah air.. kehadiran bintang realiti semakin diterima oleh peminat indutri seni di negara ini. malah ianya membuka peluang kepada bakat-bakat yang terpendam diiktiraf dan mendapat kepercayaan pendengar.

Kejayaan Yuna mencipta nama di pentas antarabangsa sudah cukup membanggakan.. kemunculan Najwa Latif sebagai ikon Youtube terbaru sudah mula diterima..

Yuna yang mengondol Penyanyi Wanita Terbaik sekali gus mengangkat lagu Penakut ciptaanya dipilih sebagai Lagu terbaik AIM 2011.

Datuk Shiela Majid yang teruja apabila album konsertnya tercalon untuk Album terbaik setelah sekian lama tidak tercalon nampaknya tahun ini menjadi tuah buat beliau apabila Album itu diangkat sebagai Album terbaik AIM tahun ni.

Keputusan Penuh AIM 2011


Artis Baru Terbaik

* Najwa Latif

Lagu Pop Terbaik

* Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain

Lagu Nasyid Terbaik

* Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU

Lagu Pop Etnik Terbaik

* Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

* Got To Go – Najwa – Najwa

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu

* Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan

Lagu Rock Terbaik

* Pelita – Loque & API

Video Muzik terbaik – Pengarah

* Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Artis

* Ku Menunggu – Rossa

Artis Mobile Terbaik Celcom

* Sixth Sense

Anugerah Kembara

* Yuna

Anugerah Sri Wirama

* Puan Beh Suat Peng

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lekaki

* Anuar Zain – Sedetik Sudah

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita

* Yuna – Penakut

Lagu Terbaik

* Yuna – Penakut

Album Terbaik

* The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrtae 25 Years of Sheila Majid


itu sahaja kesimpulan yg dapat aku buat....keseluruhannya,aku suka gandingan AC MIZAL dan ZIZAN....memang best korang berdua ni!!!!!!

mantop........

Tiada ulasan: