Rabu, 9 November 2011

masa itu emas!

sejak tamatnya Piala Malaysia banyak aktiviti kami lakukan bersama.aku dan wan masih melakukan aktiviti sebelum berkahwin seperti pergi menonton wayang,membeli-belah,berkaraoke,berjoging dan bertemu rakan-rakan.sejak ada anak aktiviti tersebut masih berjalan seperti biasa.kami tidak pernah membataskan segala rutin aktiviti kami.tidak sukala jika masa-masa bersama keluarga tertumpu di rumah sahaja.pernah juga kami membawa rifqi berjoging bersama-sama di Tasik Titiwangsa.bersosial pula sudah menjadi rutin setiap minggu kerana adik beradik wan selalunya akan mengadakan aktiviti bulanan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.antara aktiviti tersebut adalah berkhemah di rumah abg wan di Serdang. aktiviti yang paling diminati oleh mereka sekeluarga adalah ber-BBQ.memang meriahlah kalau dapat berkumpul beramai-ramai.ditambah pula dengan hiruk pikuk anak-anak buah aku yang seramai 17 orang itu.untuk makluman,kebanyakkan adik beradik wan menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.maka tidak sukar bagi mereka untuk membuat perancangan setiap bulan.kadang-kadang bapa mertua aku akan jemput anak mentua dan cucu ke restoran beliau untuk aktiviti makan-makan.besh giler!!!
berbalik kepada cerita asal.kesempatan yang ada perlu dimanfaatkan kerna selepas ini tidak tahu bilakah dapat melakukannya bersama-sama.kini apabila mempunyai anak aktiviti bertiga harus dipertingkatkan lagi.walaupun emak menjaga anakku kami tidak boleh lepas tangan dalam menyerahkan tugas tersebut kepada emak sepenuhnya.sebabitulah setiap hari selepas waktu bekerja aku dan wan pasti akan menghabiskan masa dalam 3 jam bermain bersama rifqi.dan aku sangat bersyukur kerana anakku tidak meragam setakat ini. banyak program telah diatur sehingga hujung minggu ini.dari aktiviti berdua dan bertiga telah tersusun rapi dalam diari aku.seronok sangat apabila semuanya dilakukan bersama.ramai teman-teman mengatakan yang kami ini tak ubah seperti orang yang belum kahwin.bangga siot bila orang berkata demikian,hahhahhaha...yang paling penting dalam hubungan suami isteri adalah bagaimana kita me-maintan-kan hubungan itu.kemesraan haruslah tidak kira sama ada kita punyai anak atau sebaliknya...kualiti masa adalah segalanya!!!!

Tiada ulasan: