Selasa, 1 November 2011

bila mak dan anak jatuh sakit....

semalam aku mc sebab kurang sihat...
balik sahaja dari berkursus di PD selesema dan batuk mulai menyerang...
begitu juga dengan anak bujang ku itu....
aku terdengar hidungnya tersumbat mungkin kerana tidak tahan duduk bawah aircond agaknya?
ahad pagi terus kami ke klinik yg berhampiran...
mak dan anak masuk jumpa doktor secara berduet...

maka hasilnya doktor bagi aku ubat demam+selsema+batuk=MC
sempat juga aku periksa tekanan darah...
alhamdullilah sangt cemerlang rekod kesihatan aku!!!

manakala anak bujang ku pula doktor bagi ubat selsema dan batuk...
syukur sebab dia tidak demam...
sangt baik apabila diperiksa oleh doktor....
memberi kerjasama yg sungguh cemerlang.....

selesai urusan di klinik terus bawa rifqi ke rumah emak....
harus mengasingkannya dari aku kerna dikhuatiri akan berjangkit dengan mamanya....
balik sahaja rumah aku makan ubat dan tidur hingga tidak sedarkan diri sampai keesokkan harinya....

cuti MC makanya cutilah dari membuat sebarang kerja rumah,hahha

demam berduet dengan anak sungguh indah sekali...

tetapi agak kebal juga si ayah ye!!!!!

Tiada ulasan: