Jumaat, 11 November 2011

11.11.11

11.11.11.....
sangat cantik nombor itu...
tadi masa lalu depan Masjid Putrajaya ternampak pasangan pengantin...
nampak riang dan gembira sahaja
mungkin selepas diijabkabulkan agaknya?
tiba-tiba teringat tarikh nikah aku....
10.10.10 tarikh yang akan kekal sampai akhir hayat!!
orang kata apalah ada tarikh..
ianya cuma angka sahaja????
namun bagi aku angka itu lah yang telah menyatukan kami sebagai suami isteri...
dan mengapa tarikh itu dipilih kerana ianya akan diingati sampai ke anak cucu..
Insya-Allah!
tarikh yang cantik sebegini tidak akan muncul lagi...
alamak kena tunggu seribu tahun lagilah nampaknya.....
dan tarikh berkenaan merupakan tarikh pernikahan angkasawan negara,Dato' Sheikh Muszafar juga...
nasib baik tarikh tersebut jatuh pada hari ahad...
kira-kira dalam 100 orang tetamu juga yang hadir pada pernikahan kami....
terasa seperti artis pula ketika itu,hahahha
terperasaan sekejap.maaf ye!!
dan kebetulan juga hanya kami sahaja pasangan pengantin yang bernikah pada waktu itu



alhamdullilah,tepat jam 2.15 petang dengan sekali lafaz sahaja maka secara sah aku telah menjadi milik Encik Mohd Ridzuan bin Tushan...
ada sedikit rasa sayu selepas lafaz sah itu dilaungkan oleh tok kadi....
lebih sayu lagi apabila berpeluk dengan kedua ibu bapaku....
sempat minta maaf dan dihalalkan segala makan dan minumku selama 25 tahun di dalam jagaan mereka...
maka bermulalah fasa baru dalam penghidupan aku sebagai seorang isteri...






tidak kira apapun tarikh pernikahan kita,yang penting sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada-NYA kerana telah dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita....
harus memanjat doa agar kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga berpanjangan sehingga akhir hayat....
dan disirami dengan benih-benih kasih sayang walaupun sudah bertahun hidup bersama

kepada temanku yang bernikah pada tarikh ini,SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

welcome the club....







Tiada ulasan: