Selasa, 1 November 2011

apabila suami minta izin isterinya.....

semalm pulang sahja dari pejabat wan tunjukkan aku satu surat...
tajuknya berbunyi begini,

PELANJUTAN KONTRAK SELAMA SETAHUN BERSAMA PKNS SELANGOR

maka fahamlah aku apa akan tujuan dia menunjukkan surat berkenaan...
lantas diminta pendapat aku tentang hal ini...
dan jawapan aku, terima sahajalah selagi khidmat awak masih diperlukan

ringkas,padat dan tepat!!!
tanpa banyak kata,terus diucapkan terima kasih kepadaku dan satu kucupan singgah di dahi...

perbincangan ditamatkan dalam tempoh tidak sampai 5 minit kerna aku tahu minatnya yg satu itu...
rasa terharu juga ada kerna dia meminta izin aku terlebih dahulu sebelum menandatangan kontrak...

bola adalah jiwa dia...
siapa aku untuk menghalanginya...
selagi dia masih tahu tanggungjawab sebagai suami dan ayah apa salahnya aku bertolak ansur...
kecil sahaja permintaannya ini jika dibandingkan dengan segala pengorbanannya terhadap aku selama ini...
dan penat lelah telahnya berbayar dengan apa yang kami miliki kini...

syukur,alhamdullilah!!!

inilah namanya asam garam berumah tangga....
fasa pertama telah aku berjaya lalui dengan cemerlang dan gemilang...
masa2 berkualiti telah diisi dengan sebaiknya....
bahagia tidak perlu diungkaplah dan diheboh2kan kerna hanya kami berdua sahaja yang dapat merasainya...

semoga bahagia itu menjadi milik kami selamanya!!

Tiada ulasan: