Rabu, 2 November 2011

sana sini jemputan kahwin....

masuk sahaja bulan november bermulalah cuti sekolah..
bermakna banyak juga lah jemputan kahwin yang diterima...
setakat ini sahaja sudah 5 kad kahwin tersusun di rumah aku....
itu belum lagi lain2 jemputan seperti hari jadi,kenduri kesyukuran,majlis pertunangan dll....
apabila terjadi begini maka perancangan asal haruslah dirombak semula...
mana2 jemputan dari keluarga,saudara mahupun kenalan rapat wajib dihadiri...
walaupun tidak dapat membantu dari segi kewangan dan tenaga sekurang2nya kehadiran kami sekeluarga dapat menggembirakan hati tuan rumah..

setakat ini jemputan yang paling banyak diterima sekitar Lembah Klang dan Selangor sahaja...
paling jauh sekali adalah di Terengganu....
yang itu aku sendiri tidak pasti mahu pergi atau tidak...
bergantung pada situasi dan masa....

seronok juga apabila pergi ke majlis kahwin orang...
sambil2 tengok pengantin bersanding di atas pelamin bolehlah mengimbas kenangan masa malu2 kucing diarak dulu,hahahhah

malu-malu konon tapi dalam hati bukan main gembira lagi

memang kenangan mengusik jiwalah...
momen yang sukar dilupakan sampai akhir hayat...

kepada mereka yg bakal naik pelamin,bannyakkan senyum...
selamat bersanding!!!

Tiada ulasan: