Selasa, 29 November 2011

kenapa saya suka tinggal di Wangsa Maju

sudah hampir setahun aku menetap di Wangsa Maju....
pada mula berpindah memang cabaran yg agak besar sebab jarak antara rumah dan pejabar yg agak jauh....
namun lama kelamaan aku mulai serasi tinggal di sini kerana sudah ada pengangkutan untuk ke tempat kerja...
seawal jam 6.30 pagi bus khas telah menunggu di stesen LRT Wangsa Maju(depan rumah je,hehehe)
6.45 pagi bus pun mulai bergerak...
jika ikut MRR2 adalah dalam 40 minit baru sampai Putrajaya...
kalau jalan tidak begitu sesak percaya tak hanya kira-kira 15-25 minit sahaja....
namun sesudah bersalin aku pergi kerja dengan wan kerana sama-sama kerja di Putrajaya...
selagi projek perumahan yang syarikat wan kendalikan tidak selesai maka berduetlah kami ke tempat kerja bersama-sama....

umum mengetahui Wangsa Maju adalah hujung pinggiran bandaraya Kuala Lumpur..
ianya berdekatan dengan kawasan Gombak dan Selayang....
berbeza dari hiruk pikuk dan kesesakan tengah kota Kuala Lumpur....
boleh dikatakan suam-suam bising la...

berikut di lampirkan antara sebab-sebab mengapa aku senang menetap di sini:-










memang banyak kemudahan tinggal di sini...
dari bab makan,pengangkutan,sekolah sehinggalah kesihatan memang tiada masalah....
terdapat klinik kesihatan awam dan swasta...
jika hendak membeli barangan elektrik ataupun perabot tersangatlah banyak...
kedai alat2 membaiki kereta,tayar serta hotel2 murah pun ada juga...
pasar malam setiap hari isnin di sepanjang jalan masuk ke rumah aku...
kedai runcit berlambak di kiri dan kanan...
pendek kata macam-macam ada,hehehehe
tidak perlu bersusah payah keluar ke KL untuk membeli barang...

jiran-jiran juga amat prihatin dan peramah...
walaupun tinggal di bandar namun kami tetap mengutamakan semangat kekitaan...
jiran sebelah rumah aku adalah India...
aku memang respek habis dengan mereka sebab tak lokek membantu apabila kami mempunyai masalah...
apabila mempunyai kelapangan ataupun waktu cuti kami akan bersembang di laman rumah masing-masing....
senang cerita aku sukakan konsep kejiranan yg beginilah..

justeru itu,tidak ada sebab untuk aku berasa tidak seronok tinggal di sini walaupun jauh destinasinya dari tempat kerja....

satu lagi yg seronoknya adalah sebab










IANYA RUMAH SENDIRI,HEHEHHE!!!

jangan marah...
senyum itu satu sedekah......


Tiada ulasan: