Selasa, 8 November 2011

aku keseorangan di pejabat....

salam sejahtera semua hari ini ke pejabat jalan sangat lenggang.alangkah baiknya jika hari-hari berkeadaan sedemikian.hal yang sama juga berlaku di pejabat aku hari ini.hanya aku dan Kak Lin sahaja yg hadir ke pejabat.mungkin fenonema jalan terlalu sesak di mana-mana lebuh raya membuatkan teman-teman sepejabat mengambil cuti kecemasan(EL).jadi kesempatan yang ada ini aku ambil untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh.sejak sekembalinya bertugas,sungguh banyak kerja.kadang-kadang hendak makan pun memang tidak sempat.terpaksa minta tolong kawan-kawan tapaukan makanan. inilah akibatnya cuti panjang sangat...sekarang,rasakan!!!! apalah yang hendak dirungutkan kerana sebelum ini pun memang kerja aku bertimbun-timbun atas meja.rimas dengan fail yg berselerak atas meja sudah menjadi perkara normal bagi aku.nama pun bekerja kan...layan sahaja lah..kerja itukan satu ibadah.
ah.....petang ini rasanya mahu ke Carrefour lah...cuci-cuti mata sambil membeli keperluan dapur.. .

Tiada ulasan: