Rabu, 23 November 2011

berpada-pada apabila berblog!!!

amboi tajuk tak ingt,hahhaha..
entry ini tujukan untuk diri sendiri ye..
sebenarnya apabila kali pertama mahu berblog aku sudah tanamkan dalam diri agar sentiasa bersederhana...
apa yg hendak dipaparkan harus ditapis dahulu....
misalnya,tentang diri sendri,keluarga ataupun rakan-rakan...
tidaklah segala aktiviti harian aku catatkan.....
mana yg penting dan perlu sahaja aku tulis di sini...

namun aku tidak akan sesekali menyentuh mana2 sensitiviti individu lain walaupun aku tidak berpuas hati dengannnya...
hal2 sedemikian selalunya aku akan tidak ambil endah...
begitu juga dengan hal2 tentang suami isteri...
mana yg dirasakan perlu sahaja aku paparkan....

sebagai penulis blog tidak semua perkara yg berlaku kepada kita patut dikongsi dan diberitahu kepada umum...
cukup sekadar penambah rasa yg sederhana sahaja...
privasi juga harus disimpan untuk diri sendiri...
berteknologi boleh namun biarlah mengikut sempadan yg betul...
aku tidak mahu dikatakan syok sendiri pula....
yang penting biarlah hasil tulisan untuk tidak membawa kepada keaiban pada si empunya diri....

cuma ramai juga blogger yg menulis blog untuk ditatap oleh anak2 pada masa akan datang.....
tepuk dada ikut pendapat masing2 lah....

alasan aku berblog adalah sekadar untuk mencabar diri sendiri sahaja....
tidak pernah terlintas apa2 niat sekalipun....
mahu menguji penguasaan bahasa aku sahaja...
sebab ramai kawan2 aku di universiti mengatakan aku sangat petah bercakap....
kata mereka ayat2 aku kadang2 seperti seorng sasterwan...
simbolik dan penuh makna....
itu suatu ketika dahulu sewaktu belajar......
minat menulis memang ada...
penguasaan bahasa Melayu aku pun memang sangt baik....
berjaya mengekalkan rekod cemerlang A dari sekolah rendah hinggalah menengah dan terbawa2 sampai ke universiti......
namun apabila sudah mulai bekerja sedikit demi sedikit minat itu ke laut....

semua ada pendapat mereka yg tersendiri...
tetapi aku tdak pernah sesekali menjadikan blog aku ini sendiri diari...
moment yg indah selalunya aku akan masukkan di dalam album agar boleh ditatap pada masa akan datang....
mujurlah gambar2 rifqi dari dilahirkan hingga kini telah aku cuci dan abadikan dalam album khas nya..
apabila dia besar nanti bolehlah anakku itu boleh melihat wajahnya ketika kecil..
sangat indah kan!!!

apapun jua niat kita berblog biarlah ianya datang dari hati kita yg ikhlas....
dan yg penting ianya masih mempunyai batasan.....

sekian!!



Tiada ulasan: