Khamis, 3 November 2011

nikmatnya duduk rumah sendiri

aku rasa sangat bersyukur kerana selepas berkahwin terus duduk di rumah sendiri...
walaupun bukan rumah aku(rumah en.ridzuan sebenarnya)namun tetap rasa bertuah,hahahha...
memang sebelum kahwin aku ada buat permohonan kuarters di putrajaya ini...
tetapi setelah berfikir panjang adalah lebih baik tinggal di rumah sendiri...
banyak kebaikan memiliki rumah sendiri antaranya dapat melakukan apa sahaja...
misalnya,jika mahu menghias atau menambah baik ruang yg sedia ada seperti bilik tidur,ruang tamu dan bilik air...

sebenarnya rumah yg kami duduki sekrang ini sudah lama dibeli oleh wan..
sebelum ini,dia sewakan sahaja...
kami masuk rumah dia sebaik sahaja diijabkabulkan...
perabot sudah dibeli semasa sibuk2 membuat persiapan perkahwinan...
senang kan?
tak perlulah aku memikirkan di mana hendak tinggal selepas kahwin...

aku tidak suka tinggal berkongsi satu rumah dengan keluarga sendiri mahupun keluarga mentua...
kerna banyak teman2 yg menasihatkan aku agar jangan berbuat demikian...
banyak yg tidak baik dari baik...

aku akui harga rumah kini sangt2 melambung tinggi...
namun tak salah jika melabur untuk sesuatu yg menguntungkan...
pokoknya harus berjimat2 dan tahu menggunakan wang ke perkara2 yg patut diutamakan....

satu yg aku suka tentang wan adalah pemikiran tentang masa depan...
keselesaan keluarga adalah matlamatnya yg nombor satu...
sekarang urusan pembelian rumah kedua di ipoh hampir selesai....
selepas ini bolehlah menumpukan perhatian kepada rumah yg satu itu...

sebenarnya banyak kebaikkan duduk di rumah sendiri yg semua sudah sedia maklum...
yang paling penting duit dapat dijimatkan dan dibelanjakan ke benda yg lain...
teman2 yg menyewa kadang2 mengeluh kerana rasa membazir membayar sewa rumah yg tidak berbaloi2..
entahlah,nasib masing2 kan?
cuma kdg2 destinasi rumah yg jauh dari pejabat membuatkan ramai harus berfikir panjang sebelum membelinya...

tepuk dada tanya hati


pikir2kanlah ye!!!

Tiada ulasan: