Rabu, 2 November 2011

cabaran bermula kini...

pagi tadi bersarapan bersama wan...
borak sakan sampai tak sedar jam sudah pukul 9 pagi,hahahha
terlajak sudah!!

mulai saat ini aku harus berdisplin untuk mengembalikan bentuk badan aku pada asalnya....
memang sudah turun namun bahagian yang harus dititiberatkan adalah pinggul dan perut....
langkah pertama adalah melakukan senaman ringan seperti turun naik tangga di pejabat...
lebih banyakkan berjalan kaki....
selepas itu,sekurang2nya 1 minggu sekali pergi berjoging bersama wan...
selain dapat mengeluarkan peluh dapatlah juga aku memantapkan stamina agar kelihatan lebih aktif lagi....
mentor aku adalah suami ku sendiri,hahhaha

tak sia2 kahwin dengan ahli sukan kan?

cabarannya akan bermula kini....
soal menjaga makan aku memang tidak mempunyai masalah...
kerna dalam tempoh 2 bulan ini selepas jam 8 malam aku langsung tidak ambil apa2 makanan....
aku memang bersungguh2 mahukan badan seperti dulu....
walaupun wan kata badankku tidak mempunyai masalah namun aku tidak berpuas hati dengan bentuk badankku kini....
tak perlu ambil pil atau ke pusat pelangsingan kerna cara yang lebih efektif iaitu bersenam.....

proses menurunkan berat badan selepas bersalin memang sangt mencabar...
tapi tak salah kalau cabaran itu kita jadikan sebagai satu semangat...
displin sangat penting dalam merealisasikan impian ku ini...

lebih baik aku lakukan sesuatu dari terus mengomel tentang berat badanku ini...
bukan desakan dari sesiapa aku melakukan semuanya ini....
cuma mahu mengekalkan bentuk badan seperti dulu shaja...
biarlah saiz M itu kekal melekat di badanku ini,heheheh


usaha tangga kejayaan..itulah moto hidupku!!!

Tiada ulasan: