Selasa, 29 November 2011

sana sinun ke kenduri kahwin!!

Assalammualaikum semua...

hari ini aku pergi kerja dengan hati yg berseri2 kerna jalan terlalulah lengang...
perjalanan yg selalunya 30 minit menjadi singkat iaitu 15 minit shaja...
jika hari-hari begini alangkah nikmatnya,hehhehe

cuti selama 3 hari yg sangat sibuk untuk kami sekeluarga....
aku cuba sedaya upaya memendekkan cerita agar tidak nampak membosankan...
bermula jumaat malam kami mengadakan majlis tahlil untuk arwah ayahku...
selepas isyak maka dimulakan majlis dengan bacaan Yasin....
kira-kira 50 orang yg terlibat dalam majlis ini yg terdiri daripada kaum keluarga dan teman-teman arwah serta ahli jemaah yg lain...
syukur Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan berakhir tepat jam 10 malam....

hari Sabtu seawal jam 11.00 pagi aku,wan dan iqi sudah mulai mahu berangkat ke kenduri kahwin teman se-universiti aku,Mazlina....
tetapi sebelum itu singgah dahulu di Jaya Jusco,Taman Maluri untuk membeli hadiah...
mujurlah ketika itu tidak ramai orang jadi amat senang memarkir kereta dan urusan memilih serta dicampur dengan membalut hadiah hanya memakan masa selama 30 minit sahaja....
maka terus menuju ke Cheras untuk ke majlis perkahwinan....
sampai-sampai terus makan dan ramai jugalah teman-teman satu kampus yang aku jumpa...
nasib baik ingatan aku ini masih kuat lagi...maklumlah hampir 5 tahun tidak bersua muka...
tapi kebanyakkan dari mereka sudah beranak pinak dan tidak kurang juga yg masih mencari calon......
dan ada juga yg tidak melepaskan peluang memberi kad jemputan kahwin,hehehhehe!

bijak,bijak,bijak.......jimat duit setem kan??

apabila sudah berjumpa harusnya berfotogenik seketika....
dahulu bergambar solo tetapi kini berfotogenik lah kami bersama anak masing-masing...
dan aku pula hanya menumpang kamera kawan-kawan sebab sedia maklum apabila sudah punyai anak kecil jadi pergerakan agak terbatas....
sekrang harus menunggu mereka tagged gambar aku dalam FB sahajalah,hhuhu
memang riuh teramat sangatlah apabila mama-mama bersua muka....
bergosip sudah menjadi kemestian punya,hahahhahahha
manakala kaum bapa pula berborak sesama sendiri....

ini sahajala gambar yg sempat aku captured....
kesian!!!




selepas 1 jam kami harus bergegas pulang awal kerana ada satu majlis lagi.....
mujurlah perjalanan dari Cheras ke Desa Pandan tidak mengambil masa yg terlalu lama...
wan, apabila sudah bertemu geng satu kepala apalagi berborak sakanlah beliau...
kemudian kami terus pulang ke Wangsa Maju...
rindu serindunya kerna hampir seminggu tidak pulang ke rumah sendiri....
berehat seketika kerana pada malamnya ada lagi satu jemputan perkahwinan yg wajib dihadiri....

tepat jam 8.30 malam maka sampailah kami di Dewan Felda Merak Kayangan....
majlis perkahwinan kawan aku dan wan yg sama2 pergi ke Pulau Tioman 2 tahun yg lepas...
wah,memang grand sungguhlah majlis Ku Hishamuddin aka Kudin bersama pasangannya....
sama cantik dan sama padan!!!!

aku memang sudah jangka yg geng snokling kami pasti akan datang ke majlis ini....
kali terakhir kami berjumpa adalah semasa majlis resepsi sebelah wan...
dan kini kami sudah mempunyai seorang cahaya mata.....
kira majlis Kudin ini ala-ala reunion untuk kami bertemu dan bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing..
aku boleh ibaratkan ianya seperti kenangan mengusik jiwa kerana di Pulau Tiomanlah aku dan wan mulai memadu cinta.....
memang aku rindukan untuk ber-snokling semula....
ramai yg memuji kami yg merupakan antara pasangan yg paling cool dan maintain dari awal bercinta hinggalah kini...
jelas terpancar kegembiraan di wajah masing-masing apabila dapat bertentang mata...

chewahhh macam bercintalah pula!!

sekali lagi aku terpaksa menumpang kamera mereka,hehehhehehe.....
anakku turut juga menjadi tumpuan lensa kamera di sana sini....
bukan main kepalang gembira iqi kerana ramai auntie2 dan uncle2 yg melayannya..
sedar tak sedar dalam jam 11.00 malam kami berada di sana...
nasib baik iqi berkelakuan sangat baik dan tidak meragam......
pulang sahaja ke rumah terus tidur ber-trio sehingga tidak sedarkan...
diri

aktiviti pada hari minggu juga adalah menghadiri kenduri kahwin...
sepanjang cuti sekolah ini memang jemputan kahwin bertalu-talu diterima....
jemputan pertama di Ampang kerana wan terlibat bermain kompang semasa pengantin diarak..
semasa bujang dahulu memang wan aktif bermain kompang apabila ada majlis perkahwinan di kawasan perumahan keluarga beliau.....
majlis kedua pula diadakan di Dewan Komuniti Gombak...
yang ini kami sampai dalam pukul 3.30 petang,hehehhe
pada mulanya memang tidak mahu pergi kerana dirasakan terlalu lambat namun alang-alang sudah berhampiran dengan rumah maka kami ambil keputusan pergi jugalah...
nasib baik ramai lagi tetamu yg ada...
ramai juga kenalan wan yg belum pulang kerana menunggu giliran berkaraoke....
atas permintaan maka kami turut juga menyumbangkan lagu pada majlis tersebut....

"beginilah terjadi apabila laki bini kaki karaoke"

adalah sampai jam 5.00 petang kami lepak..
balik ke rumah terlebih dahulu untuk membersihkan diri sebelum malamnya keluar lagi untuk ke Majlis Akikah dan Cukur Jambul anak bos wan....

isnin pula aku isytiharkan hari berehat bagi memberi ruang kepadaku untuk kembali menjadi supermak
semua kerja harus dibereskan dalam tempoh 1 hari itu....

hujung minggu yg sangat padat namun aku sukakannya....
sudah rasa lamanya tidak ketemu kawan-kawan jadi kesempatan yg ada ini maka kami gunakan sebaik-baiknya...

bagi mereka yg sudah berumah tangga,keluarga adalah segalanya....
kualiti merupakan aset yg terpenting....

alahai,ke marilah lekas wahai hujung minggu!




Tiada ulasan: