Jumaat, 25 November 2011

di sebalik nama si kecilku itu!

pemberian nama anakku itu dibuat secara perbincangan di mana jika perempuan aku yg akan menamakannya dan jika lelaki pula terserah pada wan....
aku mulai scan perutku apabila kandungan sudah masuk 6 bulan...
hasil scan pertama doktor menyatakan ianya bayi lelaki....
bulan seterusnya jawapan yg sama aku perolehi...
sementara itu wan katakan awal lagi untuk mencari nama dan biarlah tunggu sehingga sudah mulai 9 bulan...

pada usia aku kandungan 9 bulan Klinik Medic cawangan Wangsa Maju ada melakukan scan percuma kepada pelanggan yg mempunyai Panel Kad ING...
habis waktu bekerja terus ke klinik tersebut dan sekali lagi dapat aku lihat memang bayi lelaki...
dengan jelasnya di paparan skrin scan tersebut dapat aku lihat kemaluan anak aku....
kata doktor memang sah lah bayi yg akan aku lahirkan adalah lelaki...
susuk fizikal serta rangka bayi dalam perutku memang terarah kepada bayi lelaki...
maka tersenyumlah wan selebar2 alam kerana memang dia mahukan anak lelaki...

pemilihan anak itu tidaklah sukar kerana wan telah mempunyai beberapa senarai pendek..
aku katakan pada wan biarlah nama anak itu ringkas sahaja dan tidak berbelit-belit
yang utama sekali biarlah mempunyai maksud yg sedap didengar dan mudah disebut
dalam banyak2 senarai aku memang suka nama Emir Izzal dan Iman Izzal...
akan tetapi kuasa vektor ada di tangan wan jadi aku pasrah sahaja apabila wan menolak mentah2 nama itu...
jadi setelah seminggu lebih memilih nama akhirnya Ra'if Rifqi menjadi pilihan wan...
okey juga nama tersebut...

pandai laki aku bagi namakan?tak sangka ada taste tersendiri!!!!!


terus aku bersetuju dengan nama itu dan tidak sabar mahu menatap wajah hasil kacukan aku dan wan,hehehhehe
sampai masanya memang sah ianya bayi lelaki.....
titisan air mata wan bergenang ketika melaungkan azan ke telinga anakku itu..



3 hari selepas bersalin wan telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar kelahiran superhero ku itu...
tertanya2 juga mengapa ada tambahan Muhammad pada My Kid anakku
jelas wan oleh kerana nama pangkal awalan dia Mohd jadi dirasakan lebih elok dinamakan sahaja Muhammad Ra'if Rifqi bin Mohd Ridzuan....
double "R" gitu,hehhehe

Muhammad=yg terpuji
Ra'if=yg memiliki rasa kasihan
Rifqi=kawan pendamping

inilah maksud nama anakku itu...
dahulu aku memanggil namanya Rifqi kini telah dipendekkan Iqi sahaja....

harap2 anak kedua biarlah perempuan pula....
sudah ada namanya maka harus tunggu sehingga 5 tahun barulah dapat impian itu direalisasikan.....

terserah pada-MU ya Allah!!

Tiada ulasan: