Khamis, 24 November 2011

kuatkan hati ku seperti wanita2 ambia!!

assalammualaikum w.b.t
genap 9 hari arwah bapaku telah pergi menemui Pencipta-NYA...
dan selama tempoh itulah aku sangat merinduinya...
inilah dugaan yg terbesar yg sedang aku tempuhi...
memang agak perit namun hidup harus diteruskan jua...

rutin harian aku juga berubah sejak pemergian arwah...
jika dulu habis waktu pejabat terus sahaja pulang ke rumahku...
tetapi kini selama sebulan kami suami isteri telah bersetuju untuk berkampung sahaja di rumah emakku...
tidak sampai hati pula meninggalkan emak di saat2 begini...
emak memerlukan anak2,menantu serta cucu ketika ini...
walaupun emak tidak pernah bersuara namun sebagai anak sulung aku harus memahaminya..
dan pada masa inilah kami adik beradik harus menguatkan semangat agar tidak nampak sedih di hadapan emak...
walaupun kelihatan riak wajah emak tenang namun di dalam hati siapa yg tahu...
kehilangan suami dalam keadaan tiba2 mengambil masa untuk pulih seprti sedia kala...
mulut kata redha tetapi jauh di sudut hati belum sepenuhnya menerima pemergian suami yg tercinta...

tumpuan emak kini terarah kepada cucu sulung beliau...

"terima kasih Allah atas kurniaan-MU yg satu ini"

sekurang2nya dengan adanya rifqi sedikit sebanyak dapat mengalihkan perhatian emak terhadap arwah ayah...
walaupun emak cuba bersikap cool di hadapan kami adik beradik namun aku tahu apa yg tersirat di hati beliau...
pernah juga aku ternampak emak menitiskan air matanya ketika selesai bersolat...
aku jua merasai apa yg sedang emak rasakan....
luar sahaja kelihatan gembira tetapi di dalam hati bagaikan di siat...
siapa yg pernah mengalaminya pasti akan memahami apa yg ada dalam hatiku...
siapa sangka ayah yg kelihatan sihat tiba2 telah pergi meninggalkan kami buat selamanya..

sebagai anak sulung kini tanggungjawab di bahuku....
pelbagai urusan harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum aku pulang ke rumahku nanti..
aku punyai 2 adik perempuan yg perlu juga diambil perhatian...
segala luahan dan masalah mereka harus aku dengari...
sebab kak yong perkara utama yg mesti aku lakukan adalah memberi semangat kepada mereka agar tabah menghadapi dugaan ini...
jika aku lemah maka kedua2 mereka juga akan begitu...
kami 3 beradik harus sama2 berdiri teguh dan cekal demi emak tercinta...

ucapan terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta,Mohd Ridzuan kerana turut sama berkongsi kesedihan ini...
dan kerana izin beliaulah maka dapat kami sekeluarga berkampung di rumah emak...

semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami sekeluarga
dan diberikan kekuatan untuk menempuh hari2 yg mendatang...

Qada dan Qadar sudah ditentukan dalam Luh Mahfuz..
jodoh,pertemuan ajal dan rezeki semua kerja Yang Maha Esa...
kita sebagai hamba-NYA perlulah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yg di luar jangkaan kita...
kebesaran Allah tiada yg dapat menandingi..

ALLAH HU AKBAR!!

Tiada ulasan: