Khamis, 14 Jun 2012

weekend yang tiada rehat!!!

aduhai,aku sebenarnya mahu duduk rumah cuti hujung minggu ini...
sebabnya penat yang teramat sangat...
masuk bulan jun jadual 2 hari cuti itu amatlah padat...
tinggal lagi 2 minggu masa yang ada sebelum aku dan wan bercuti ke luar negara...
semalam wan bagitau yang sabtu ada kenduri cukur jambul anak kawan dia...
sebelum itu akan ke kepong menghadiri resepsi kawan pejabat aku...
ahadnya pula ada lagi 2 majlis yang berbeza yang perlu dihadiri...

makanya,tidak berasaplah dapur lagi minggu ini...
kredit tambahan juga di mana wan mengajak membeli belah di sogo...
oh gembira rasa di hati...
keluhan penat automatik hilang bilamana mendengar ajakan itu..
rezeki lebih untuk anak dan isteri katanya...
syukur :)


notakaki:alang-alang wan di sarawak aku hanya kirim ikan terubuk masin saja...resepi seperti biasa,cari di encik google,hahahhaha!!!

Tiada ulasan: