Selasa, 26 Jun 2012

nantikan gegaran geng futsal kami!!!


malam tadi aku pergi bersosial dengan kawan-kawan...
dapat izin terus ke starbuck times square...
asalnya mahu berjumpa hari ahad...
tetapi ditunda kerana aku ada hal lain yang lebih penting iaitu berehat...
penatlah lepas beli barang goodies tak tidur langsung...
layan perlawanan suku akhir euro antara sepanyol dan perancis...
berbaloi berjaga sebab sepanyol menang...horey!!!!!
aku memang peminat tegar sepanyol ye,hehehhe...

okie,berbalik cerita asal...
perjumpaan adalah berkaitan perlawanan persahabatan futsal pasukan kawan aku dengan geng futsal yang lain...
katanya geng satu pejabat...
mujurlah perlawanan suka-suka saja...
dibuatkan pertandingan betul-betul cuak juga...
aku main futsal pun sekadar mengisi masa lapang...
makanya semua telah bersetuju untuk adakan sesi latihan pada hari rabu hadapan...
seperti biasa jam 6.00 petang sudah ada di sport planet ampang...
setakat ini skill dan larian aku agak seimbang...
masih tajam cuma terkadang stamina melecet sedikit...
tak mengapa yang penting aku mencuba dulu...
kena percaya pada kemampuan diri...
kawan-kawan pasti akan membantu aku...
wah...semangat bebenar!!!

sampai rumah dalam jam 8.30 malam...
kawan yang tolong hantar...
iqi telah dimandi dan diberi makan oleh wan dengan jayanya...
gembira saja aku tengok hero kecil itu menonton tivi bersama babahnya...
lega hati ini...
terus beritahu wan tentang hasil perbincangan siang tadi...
dan aku sudah jangka yang wan pasti akan benarkan...
siap mahu ikut sekali anak beranak...
bertambah gembira hati ini bila mendengar kata-kata itu...

lelaki yang bernama MOHD RIDZUAN ini amat memahami minat aku...
apa saja yang terbaik akan mendapat restu darinya...
jadi mengapa dipersiakan peluang yang ada...


harus gigih berusaha...
bukan untuk MENANG tapi membuktikan keupayaan diri...
setuju!!!!

Tiada ulasan: