Khamis, 7 Jun 2012

terima kasih Tuhan!!


serius aku adalah ibu yang lambat tahu tentang perkembangan pemakanan anak sendiri...
sebelum ini wan pernah beritahu yang iqi sudah kurang mahu menikmati bubur yang dibikin oleh mamanya...
sebab itulah mungkin berat badan iqi naik hanya sekilo sahaja...
sebagai gantinya aku berilah dia makan ayam,roti dan ikan dimakan bersama dengan bubur nasinya itu...
memang aku perasan yang dia kurang menerima bubur...
tetapi bila dibagi ayam,roti dan ikan cepat sahaja mahunya...
malah merengek-rengek minta disuapkan lagi...

dan akhirnya semalam barulah aku sedar yang hero kecil itu mahu mengubah selera makannya...
aku cubalah bagi dia makan nasi berlaukkan ayam masak kicap...
mula-mula aku suapkan ayam sahaja...
selepas itu aku campurlah nasi dan ayam itu sekaligus...
aku ingatkan dia akan muntah balik...
tetapi dari respon di riak muka memang tergambar keriangan...
bertepuk sambil ketawa seolah-olah minta disuapkan lagi...
berbekalkan air ribena maka semalam 2 kali nasi ditambah...
seronok hati aku melihat hero kecil begitu berselera makan malam tadi...

dari kejadian semalam bolehlah aku simpulkan bahawa hero kecil sudah boleh makan makanan ruji...
oh yeah suka bebenar hati ini...
jadi mulai hari ini bermulalah tugas aku mencari resepi di carian google yang bersesuain dengan buah hati tersayang...
yang pasti tugas baru sedang menanti...

terima kasih Tuhan atas petunjuk itu semalam...
syukur sangat-sangat!!

Tiada ulasan: