Khamis, 21 Jun 2012

tak ada tajuk!


boleh dikatakan jadual harian aku adalah sama...
isnin hingga jumaat adalah waktu bekerja...
pulang saja ke rumah tumpukan kasih sayang pada iqi...
mandikan,masak,bagi makan dan layan kerenah dia...
iqi cuma berminat pada iklan...
lain-lain cerita tak dipandang langsung...
sejak ada kaki kerja dia asyik jalan ke sana ke mari sambil mulut membebel-bebel...
oleh kerana aku dan wan pergi serta balik bersama-sama tiada masalah dalam penjagaan anak...
jam 8.00 malam kedua-dua hero akan makan malam...
pastinya iqi akan disuap oleh aku...
sangat bagus hero kecil ini di mana apa saja yang dimasak akan dimakannya...
malah sejak ini makin berselera sampai kena tambah nasi...
selesai berkemas maka waktu menonton tivi sambil melihat teletah dia...
makin hari aku rasa anak aku makin besar...
sudah panjang akal,sudah pandai merengek bila tak dilayan...
boleh diajak bermain tepuk amai-amai...
bila ditanya siapa namanya iqi,terus diangkat tangan sambil ketawa...
puas bermain dalam jam 10.00 malam dia sudah nampak bulan dan bintang...
bagi minum susu terus pejam mata dengan sendirian...
begitulah hari-hari aku...
sama seperti kaum wanita di luar sana...

jika wan out-station maka aku akan tidur di rumah emak...
memang emak suka bila kami bermalam di sana...
punyai masa yang panjang untuk bermanja-manja dengan opah...
tidur pun dengan opah...
dan si opah dengan senang hari dan riang ria melayan kerenah dia...

kalau cuti hujung minggu pun begitu juga...
1 hari duduk rumah dan 1 hari lagi pergi berjalan-jalan...
jika ada undangan keraian lagi bagus...
tak perlu berfikir arah tujuan...
aku lebih suka membawa iqi bersiar-siar di taman...
kadangkala kami bergilir-gilir menjaga iqi ketika salah seorang berjoging...
aku hanya akan ke pasaraya ketika waktu bekerja saja...
tak kuasa mahu melayan lautan manusia pada hujung minggu...
pergerakan agak terbatas okie...
mana lagi dengan stoller anak...
selepas itu troli lagi...
oh tak sanggup ye!!!

ikutkan hati aku dan wan lebih suka lepak di rumah...
rehat-rehat sambil layan tivi...
kadangkala pasang dvd yang belum tengok lagi...
tetapi sejak ada anak maka kami telah peruntukkan 1 hari untuk membawa iqi berjalan-jalan...
bergantung juga pada situasi dan keadaan...
banyak aturcara yang bakal disusun bilamana iqi sudah setahun...
semuanya selepas hari raya nanti...
memang hajat kami mahu membawa dia melancong luar dari kl...
Insya-Allah jika ada rezeki lebih...

sabtu ini bermula operasi mencari goddies untuk majlis harijadi hero kecil...
kecil-kecilan saja seiring dengan masa dan bajet...
jemputan pun terdiri dari ahli keluarga dan jiran terdekat...
minggu depan memang tak sempat sebab aku dan wan akan bercuti...
horeeyyyy...!!!
masa yang ada harus digunakan...
nanti taklah kelam kabut sangat...
bab makanan sudah selesai...
kek juga telah ditempah...
syukur!!!

aku punyai masa 2 minggu untuk persiapan majlis untuk hero kecil...
mampu atau tak sama-sama kita nantikan...
kerana aku sukakan CABARAN...:)

1 ulasan:

wanie berkata...

jemput aku tau
aku mak angkat iqi..