Isnin, 18 Jun 2012

oh iqi kamu sudah 11 bulan ke?


rai'if rifqi lahir pada 18/07/2011...
dan hari ini 18/06/2012...
maknanya bulan depan dia sudah setahun...
serius,cepat betul masa ye...

rentetan alam rumahtangga aku sangat bagus...
selepas diijabkabul terus mengandung...
belum lagi merasai nikmat apa itu bulan madu..?
bila anak sudah besar baru ada masa untuk itu...
bercuti berdua-duan...
dan harap ianya berjalan dengan baik...
Amin...

tahun lepas kami sambut bulan tahun pertama di port dickson...
menariknya hanya lepak di dalam khemah...
iqi ketika itu 3 bulan usianya...
sangat sempoi tapi meninggalkan kesan yang istimewa...

ada ura-ura mahu meraikan setahun usianya iqi...
namun tarikh yang sesuai belum ditetapkan...
begitu juga dengan tempatnya...
ikut hati mahu buat di rumah sahaja...
jemputan biarlah terdiri dari ahli keluarga dan jiran terdekat saja...
tetapi itu semua masih samar-samar lagi...
belum dibentangkan idea ini kepada wan...
kosnya ditanggung beres...
tentang makanan tiada masalah langsung...
begitu juga dengan tetamu yang akan hadir...
dengan pengalaman mengadakan jamuan makan sebelum itu semuanya dihujung jari saja...

berbalik kepada cerita hero kecil...
11 bulan yang aku dan wan lalui amat menggembirakan...
banyak perkara yang dipelajari terutama sekali erti KESABARAN...
harapan aku agar iqi membesar dengan aktif dan ceria...
menjadi insan yang berguna...
anak yang mampu membahagiakan mama dan babahnya...
dan dapat menjadi contoh terbaik buat "adik-adiknya" nanti...
Insya-Allah!!!


notakaki:tiada gambar terbaru budak kecil itu!!!

Tiada ulasan: