Isnin, 25 Jun 2012

bermulalah minggu yang pek!!


minggu ini adalah sangat sibuk buat aku,wan dan iqi...
jumaat sampai isnin aku dan wan berada di thailand...
iqi pula dijaga oleh opahnya...
mampukah aku melawan perasaan rindu berjauhan dengan dia,aku sendiri pun tak pasti...
aku harap percutian kali pertama selepas berkahwin menjanjikan keseronokan...
dan paling penting dapat melepaskan gian ber-snokling...

pulang saja dari bercuti persiapan majlis harijadi hero kecil...
buat masa ini hal seperti goodies,menu dan kek telah selesai...
ianya hanyalah majlis kecil yang jemputannya terdiri dari ahli keluarga terdekat dan jiran tetangga...
sabtu malam kami ke NSK selayang membeli barangan goodies secara borong...
serius memang syurga segala barangan borong di sana...
harga memang amat murah dan berpatutan...
terima kasih kepada kawan-kawan yang mencadangkan tempat ini...
mulanya macam mahu pergi ke chowkit ataupun pasar pudu...
tapi bila difikirkan lebih baik pergi tempat yang dekat dengan rumah dahulu...
dan ternyata ianya tidak sia-sia...
syukur sebab dipermudahkan segala urusan...

dekorasi untuk majlis genap setahun iqi sudah ada dalam kepala...
dengan masa yang ada aku rasa cukuplah hiasan secara sederhana...
tiada projek D.I.Y untuk kali pertama ini...
Insya-Allah jika ada rezeki tahun hadapan akan aku gigih lakukan...
rasa lega bila semua kertas cadangan dipersetujui oleh wan...
paling menggembirakan adalah segala kos dan bajet ditanggung beres...
oh...sangat bertuah anak yang bernama MUHAMMAD RA'IF RIFQI itu...

anak aku akan memasuki usia 1 tahun...
serius...tak percaya..:)


notakaki:terima kasih kawan atas semangat kalian yang tidak putus-putus...kita kawan selamanya!!!

Tiada ulasan: