Khamis, 7 Jun 2012

mati itu sangat pasti!!!



malam tadi dapat panggilan dari busu...
anak perempuan mak long habsah meninggal dunia...
katanya meninggal sebab berlanggar dengan treler..
kereta dipandu oleh suaminya...
kejadian adalah pada ahad lepas di lebuh raya tapah...
ketika itu hasanah sedang menyusukan anak bongsunya...
melalui cerita busu hasanah koma...
anak-anak dan suaminya tidak mengalami apa-apa kecederaan...
kisah sebenar masih samar-samar lagi...
insya-Allah esok malam kami sekeluarga akan ke shah alam untuk melawat keluarga serta ibu bapa arwah...

mak long habsah adalah sepupu kepada arwah ayah...
kami tidaklah rapat namun bila ada keraian seperti perkahwinan ataupun kenduri akikah pasti kami akan dijemput...
dan semestinya arwah ayah akan menyuruh kami semua menghadirinya...
kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah ketika majlis pengebumian arwah ayah...
tidak banyak yang kami bualkan cuma berborak kosong...
arwah sangat cantik orangnya...
hampir kesemua 5 beradiknya mengikut rupa bapanya yang seperti orang cina...

jiwa wanita aku tersentuh bilamana mendengar perkhabaran hiba ini...
paling sedih adalah arwah masih mempunyai dua orang anak kecil...
oh..bagaimanalah suaminya mahu menghadapi saat genting ini...
yang pasti akan terpalit rasa bersalah di hati sang suami...
siapa sangka dalam usia yang baru 28 tahun arwah telah dipanggil Illahi...
ajal datang sapa yang mampu menolaknya...

inilah dugaan yang terbesar untuk suaminya...
anak-anak kecil yang masih belum tahu apa-apa itu pasti tercari-cari ibunya...
sungguh tak dapat aku bayangkan bagaimana anak yang masih menyusu itu nasibnya...
perit bila mengenangkan semua itu...
semoga Tuhan memberi kekuatan kepada suami dan anak-anak arwah...


mati itu adalah pasti...
bila dan bagaimana itu rahsia Yang Maha Esa...

sekian...

Tiada ulasan: