Jumaat, 8 Jun 2012

kenapalah dengan kamu ini iqi~~






yang ralat dalam gambar ini adalah iqi...
apa yang menarik perhatian dia ketika itu aku pun tak tahu...
hanya aku dan wan saja yang pandang kamera...
ianya akan bertambah cun jika iqi memberikan kerjasama...
anak oh anak...

baru perasan gambar ini ye..
selasa aku upload-lah foto kami bertiga di ikea...
adalah 2,3 kawan aku bagitau yang muka kami suami isteri seakan sama...
terutamanya tang senyuman itu...
entahlah aku rasa kadang sama tapi kadang tak sama...
tengok pada keadaan jugalah..

bukan mengangkat diri jauh sekali mengada-adakan cerita...
dalam pada berborak di yahoo massenger sempat juga menyentuh hal wang suami..
kata mereka badan wan tetap maintain...
dan kelihatan wan sungguh hensem...
hahahha tergelak besar aku atas komen itu...
bagi aku wan jatuh pada kategori sedap mata memandang...
itu sahaja...

pada aku apalah sangat ada pada rupa...
yang penting adalah keserasian dan tanggungjawab...
aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan...
selama hidup berkelamin semuanya baik-baik sahaja...
kami menjalani hidup berumahtangga dengan aman sekali...
bergaduh ala manja-manja perkara normal...
saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing...
yang penting rahsiamu rahsiaku juga...

selalu aku ingatkan diri sendiri agar sentiasa bersederhana dalam segala hal...
menjadi prinsip aku di mana hal berkaitan peribadi jarang aku luahkan di mata umum..
jika gembira maka status yang terluah begitulah...
namun masih ada lagi privasi yang tidak harus dikongsikan di khalayak umum...
gambar yang diupload di FB adalah permintaan teman rapat...
mereka turut berbahagia dengan apa yang aku jalani...
semoga pilihan hati ini akan kekal hingga ke nafas terakhir...
dan diharapkan bahagia yang sedang dikecapi berkekalan hendaknya...
Insya-Allah....Amin!!!



notakaki:berbelah bahagi sama ada mahu cuti atau tidak isnin ini...balik dari kapung sudah tentu akan penat,huhuhu..


Tiada ulasan: