Jumaat, 8 Jun 2012

carca marba punya cerita...


jalan raya agak lengang pagi tadi...
musim cuti sekolah memang begitu...
mulai minggu lepas pergi dan balik kerja telah dihantar oleh wan...
maklumlah seiring dan sejalan...

dalam kereta banyak juga yang kami bualkan...
tentang perjalanan esok hari ke kampung...
tentang perihal dia yang akan ke sarawak selama seminggu isnin ini...
tentang percutian kami hujung bulan ini...
tentang buah hati yang makin melasak...
ah...semuanya mengenai kami anak beranaklah...

sejak ada anak komunikasi di waktu malam agak terhad...
tumpuan seratus peratus untuk hero kecil...
sampai sahaja rumah terus ke dapur...
masaklah hidangan yang ringkas untuk sang suami dan hero kecil...
selepas kedua-dua anak beranak itu makan maka bermulalah operasi melayan hero kecil...
sungguh seronok sebab iqi sudah pandai berjalan...
sangat laju ye...
aku andaikan bila masuk usia setahun pasti sudah berlari...
hahahhahaha,indah bebenar hidup ini...

jadi malam ini akan ke shah alam...
menziarahi keluarga arwah hasanah...
esoknya awal pagi akan bertolak ke kampung...
ahad ada majlis tahlil arwah ayah...
oh...sibuk yang amat sangat sejak masuk bulan jun ini...

buat masa ini belum terfikir akan persiapan raya...
seperti tahun lepas tiada masalah langsung tentang giliran...
mana-mana pun aku tak kisah...
kalau ikutkan hati mahu sahaja beraya di rumah baru kami di ipoh...
duduk lama pun menarik juga...
ronda-ronda di kampung sanak saudara wan...
idea yang bernas...
harus diusulkan kepada sang suami...
tema baju raya masih samar-samar lagi...
bab kuih raya aku nekad tahun ini mahu beli 5 jenis saja...
banyak-banyak pun ada sapa makan pun..
trend kini kerepek-kerepek yang menjadi pilihan...

agak teruja menanti hujung bulan ini...
rasanya biarlah 2 minggu ini berlalu dengan pantas...
pantai sudah memanggil-manggil okie...
:)

Tiada ulasan: