Khamis, 28 Jun 2012

selamanya SEPANYOL!!!


hip,hip horeey!!!


tak sia-sia bangun 3.00 pagi tonton perlawanan bola sepak antara sepanyol dan portugal...
seperti dijangka pasukan kesayangan telah melangkah ke final...
riang ria walaupun terpaksa bersengkang mata...
bukan selalu pun,apalah sangat tidur tue...


tak kisahlah menang melalui penalti janji MENANG...
tak boleh terlalu suka sangat kerana lawan final tentu kuat kan?
aku layan bola biasa-biasa saja...
tidaklah fanatik macam wan...
pasukan kegemaran dia adalah itali...
pagi ini giliran jerman dan itali pula...
sama-samalah kita nantikan siapakah lawannya sepanyol...

hampir terbabas bangun pagi tadi...
sempat tengok separuh masa kedua saja...
terima kasihlah kepada suami tersayang yang mengejutkan sang isteri...
jika tak,terlepaslah peluang emas itu...
bertemankan kopi panas,nugget dan kentang layanlah kami secara berduet hingga ke titisan terakhir penalti...
perlawanan tamat kira-kira jam 5.45 pagi...
terus gosok baju dan ke bilik air...
siap-siap pergi kerja...

habis berkemas baju untuk dibawa bercuti terus aku tidur...
mujurlah iqi tiada masalah lelapkan mata malam tadi...
sebelum itu,balik saja kerja terus bawa dia jalan-jalan...
tak jauh pun,hanya jaya jusco...
beli stok pampers dan susu sepanjang ketiadaan aku dan wan nanti...
sedih sebenarnya mahu tinggalkan dia di sini...
tapi aku percaya opahnya pasti akan menjaga dia dengan sebaiknya...
maklumlah hero kecil itu cucu kesayangan opah...
jadi,tak ada hal punyalah!!!

apa yang aku harapkan percutian ini menjanjikan kegembiraan buat kami berdua...
serius,aku sangat rindukan snokling...

janji wan bila iqi sudah 2 tahun pasti akan dibawa sekali...
sabar itukan indah...
setuju!!!

Tiada ulasan: