Isnin, 4 Jun 2012

syoknya di ikea!


memang penuh orang semalam di ikea...
tak sangka lewat-lewat petang pun masih ramai lagi..
cuti persekolahan memang begitu...
namun ianya tidak merimaskan kami sekeluarga...
temankan emak yang mahu membeli karpet dan langsir sebagai persiapan hari jadi...
untuk aku pula hanyalah sekadar membeli lampu bilik tidur,dulang makanan dan beberapa gambar untuk dijadikan hiasan dinding...
walaupun baru baik dari demam iqi tetap lincah...
kegembiraan berjalan-jalan dan menengok ragam manusia sebagai ubat sakitnya itu...







dalam keributan kesesakan orang ramai sempat jugalah kami bergambar...
ini beberapa aksi secara tak sengaja yang berjaya dirakamkan...
kadang-kadang kawan selalu tegur kenapa tidak ber-sedondon satu keluarga...
jawapannya adalah tidak pernah terfikir langsung tentang hal ini,kakakkaka...
tiada paksaan dalam memilih warna-warna tertentu apabila keluar...
hanya waktu-waktu tertentu saja yang kami akan sedondon...
contohnya di hari raya lah...
betul tak?













tidaklah lama mana kami di sini...
dalam 1 jam begitulah...
malas hendak berlama-lamaan...
harus pulang awal kerana esoknya sudah hari isnin...
apapun terima kasih kepada emak di atas kesudiaannya datang ke teratak kecil kami...
respon yang diterima hasil mengecat tempohari adalah positif...
suka okie :)

notakaki:satu keluarga itu merangkumi babah+mama=rifqi!!

Tiada ulasan: