Jumaat, 29 Jun 2012

masanya telah tiba!!!


minggu-mingu terakhir bulan jun aku lalui dengan tenang...
apa yang dirancang dapat dilaksanakan...
segalanya mengikut seperti dalam kertas kerja...
rasa bertuah sebab wan turut membantu...
tidaklah aku keseorangan merencanakan agenda untuk bulan julai...

malam ini aku dan wan akan naik keretapi untuk ke thailand...
memang sengaja kami pilih pengangkutan ini...
menggembara,melancong dan menimba pengalaman...
itu yang dapat aku rangkumkan...
peluang melancong berdua akan dipergunakan segalanya...
mahu lupakan segala yang pahit-pahit...
cipta memori indah di kala masih ada kesempatan ini...
nanti bila anak sudah 2 atau 3 orang entah bila peluang ini akan datang...
sebak meninggalkan anak ada mestilah ada...
akan tetapi hati harus kental...
fikir yang baik-baik saja...
Insya-Allah Yang Maha Esa akan memudahkannya...

masih datang kerja hari ini...
tengahri akan half-day...
urusan pertukaran wang masih belum dibuat lagi...
baki masa yang ada mahu dihabiskan bersama si kecil...
tak puas bergomol sepanjang minggu ini dengan dia...
iqi seakan memahami yang mama dan babah mahu bercuti...
langsung tidak meragam atau menunjukkan perilaku yang pelik...
gembira dan aktif seperti biasa...

"berseronoklah sepuas-puasnya..."
itu pesan emak malam tadi...
terharu bila mendengar ayat tersebut..
tak putus-putus aku panjatkan kesyukuran kerna mendapat seorang emak yang begini...
memahami kehendak dan minat anak menantunya ini...
emaklah yang terbaik dalam dunia dan akhirat...
pengorbanan emak mana mungkin dapat kita membalasnya...
ada hikmah apa yang berlaku tahun lepas...
ayah pergi buat selamanya secara tiba-tiba...
kehadiran cucu nan satu itu boleh dianggap penawar duka buat emak...
biarlah berapa lama dia mahu berdamping dengan cucu aku tiada masalah...
aku tahu emak aku berfikiran terbuka...
sikit pun tidak pernah dia cuba merebut kasih sayang itu dari aku...
sayangnya tertumpah atas ikatan kekeluargaan...

keseronokan bercuti mengatasi segalanya...
teruja hinggakan kadang-kadang terlupa apa yang berlaku sekeliling...
benar kata orang,keluarga adalah segalanya...
jatuh bangun sakit maung hanya keluarga yang akan berada di sisi...
keajaiban yang tiada siapa mampu menandingi...
begitu juga dengan keluarga sebelah mentua...
semuanya sangat baik...

doa mereka yang tersayang sudah cukup memadai...
rumah tangga ini dibina atas dasar cinta...
benih cinta yang ada dan bakal mendatang penyeri hidup berkelamin kami...
bahagia itu tak perlu ditunjuk...
hanya kami yang dapat merasakan...
kini aku sedar bahawa mendung yang pernah aku lalui dahulu telah digantikan dengan mentari...
sangat terang sinar itu hinggakan sukar diungkapkan...

terima kasih Tuhan atas segalanya!!!

Tiada ulasan: